Allianz Anjur Program Latihan Keselamatan Untuk Rider P-Hailing

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan beberapa platform p-hailing bagi menekankan kepentingan keselamatan penunggang motosikal terutamanya dalam industri p-hailing.
Ini kerana golongan penunggang motosikal yang menceburi sektor P-hailing dilihat terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

Jadi, sebagai peneraju dalam perlindungan, Allianz Malaysia menyatakan komitmennya dalam menambah baik keselamatan penunggang melalui kerjasama strategik bersama Foodpanda Malaysia, Lalamove Malaysia dan Grab Malaysia.
Forum Media Allianz Malaysia 2025 yang diadakan pagi tadi menampilkan perbincangan panel dengan wakil dari MIROS dan platform p-hailing terkemuka, termasuk Lalamove Malaysia, Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia.
Para pakar industri bertukar pandangan mengenai cabaran semasa yang dihadapi oleh sektor p-hailing dan membincangkan usaha bersama untuk memperbaiki keselamatan penunggang.
Untuk itu, Allianz Malaysia menyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan dua program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal P-hailing.

Program yang mendapat kerjasama daripada Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya akan memberi tumpuan kepada latihan keselamatan penunggang dan dan kelangsungan hidup dalam kecemasan jalan raya bersama syarikat p-hailing.
Ia sebenarnya bertujuan untuk membekalkan penunggang dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk menavigasi jalan dengan selamat.
Program kedua yang akan dilaksanakan ialah untuk olongan pelajar universiti awam dan swasta yang menunggang motosikal.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang menyifatkan keselamatan penunggang motosikal adalah tanggungjawab bersama.
"Kami komited bukan hanya untuk menyediakan penyelesaian insurans tetapi juga secara aktif menyumbang kepada kesejahteraan komuniti di sekitar kami. Kami mahu berbakti kepada masyarakat dengan melaksanakan dan menyokong inisiatif keselamatan penunggang yang akan meningkatkan keselamatan dan keselamatan untuk semua pengguna jalan raya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Faktor Manusia dan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya (HUB) di MIROS Ir. Ts. Azhar Hamzah berkata, misi mereka di MIROS adalah untuk memastikan keselamatan jalan raya untuk semua.
"Kami percaya bahawa keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan melalui penyelidikan kami, yang bertujuan untuk mendedahkan risiko dan cabaran yang dihadapi oleh pengguna jalan raya serta mengenal pasti potensi penyelesaian untuk meningkatkan keselamatan penunggang dan menyokong sara hidup keluarga mereka selain kita boleh mengubah pandangan menjadi tindakan yang lebih berkesan," ujarnya.
Sehubungan itu, Allianz Malaysia akan terus menjaga masa depan dan meningkatkan keselamatan jalan raya melalui langkah-langkah proaktif dan kerjasama strategik.
Forum Media Allianz Malaysia 2025 dan program latihan yang akan datang adalah langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat untuk komuniti p-hailing Malaysia serta komuniti yang lebih luas.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia
Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.
19-06-2025
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat