ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

BMW iX Baharu mengekalkan identiti reka bentuk ikoniknya, namun model ini juga tampil dengan  kidney grille dengan garis pepenjuru dan sentuhan visual yang lebih anggun. 

image.png

Grilnya diserlahkan lagi dengan BMW Iconic Glow, yang menyala lembut apabila pintu kenderaan dibuka atau ditutup. 

Ciri ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada model ini. Lampu utama adaptif LED baharu dengan fungsi bantuan lampu tinggi turut ditambah baik dengan dua lampu condong pada setiap sisi yang meningkatkan tahap pencahayaan dan mengurangkan silau, sekali gus mengukuhkan penampilan dinamik model ini. 

image.png

BMW iX xDrive45 Sport Baharu pula didatangkan dengan rim aerodinamik bersaiz 21-inci jenis 1012 Bicolour 3D kemasan berkilat, yang menyerlahkan profil sporty sisi kenderaan serta meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Model ini juga dilengkapi dengan pencahayaan ambien dan bumbung kaca panorama Sky Lounge, sistem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara berkuasa 655 watt.

image.pngimage.png

Malah, model juga turut dilengkapi dengan kerusi pelbagai fungsi untuk pemandu, sistem akses keselesaan, ruang storan untuk pengecasan tanpa wayar, serta sistem penyaman udara automatik dengan kawalan empat zon sebagai ciri standard.

image.pngimage.png

Sementara itu, ciri ketersambungan untuk kedua-dua model merangkumi panggilan kecemasan pintar, telekhidmat, perkhidmatan ConnectedDrive, pakej sambungan profesional dan integrasi telefon pintar sebagai ciri standard. 

BMW iX xDrive45 Sport Baharu hadir dengan rangkaian kuasa 300 kW (408 hp) dan tork 700 Nm, membolehkan pecutan 0 sehingga 100 km/j dicapai dalam hanya 5.1 saat, dengan kelajuan maksimum 200 km/j. Model ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 602 km (WLTP). 

image.png

Dengan bateri berkapasiti kasar 100.6 kWh, kadar pengecasan turut dipertingkatkan secara signifikan, kini menyokong pengecasan pantas arus terus sehingga 175 kW, iaitu peningkatan sebanyak 25 kW berbanding model sebelumnya (BMW iX xDrive40). Peningkatan ini membolehkan pemulihan jarak sehingga 166 km dalam hanya 10 minit pengecasan berkuasa tinggi.

Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, model ini juga hadir dengan Kunci Digital Plus BMW Sistem ini merangkumi kunci fizikal, kad penyediaan dan kad servis, bagi proses pemasangan dan pengaktifan yang mudah.

image.pngimage.png

Denganmenggunakan Kad Penyediaan, pengguna hanya perlu mendekatkannya ke telefon pintar atau mengimbas kod QR untuk mengaktifkan kunci digital. Ciri ini membolehkan sehingga 18 kunci digital dikongsi bersama pengguna lain, dengan tetapan peranan dan had tertentu seperti kelajuan atau pecutan. 

Selain itu, sistem juga membolehkan kawalan fungsi kenderaan dilakukan melalui aplikasi My BMW. Kad Servis pula membolehkan peralihan semula ke penggunaan kunci fizikal sekiranya diperlukan untuk tujuan penyelenggaraan atau kecemasan.

Daripada segi bantuan pemanduan, ia hadir secara standard dengan Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Plus, iaitu sistem bantuan pemanduan canggih yang memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mudah.

Eksklusif untuk setiap model, BMW iX xDrive45 Sport Baharu turut tersedia dalam warna luaran Alpine White dan Sophisto Grey, dengan pilihan warna ruang dalaman Atelier Oyster, Atelier Mocha atau Atelier Black.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Berita Auto
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.