ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BMW X5 xDrive40iM Sport CKD Dilancar: Harga 𝐑𝐌𝟒𝟔𝟗,𝟖𝟎𝟎

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain model BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW iX xDrive45 Sport Baharu, BMW X5 xDrive40iM Sport Baharu versi pemasangan tempatan (CKD) turut dilancarkan secara rasminya.

Ia yang dipasang secara tempatan di kilang Inokom di Kulim, Kedah dijual pada harga RM469,800. Namun harganya berbeza jika memilih Pakej  BMW Service & Repair Inclusive (BSRI)  iaitu  RM508,200.

Model ini hadir dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5-tahun dan paker servis 5-tahun atau 100,000 kilometer (km).

image.png

Menjengah bahagian hadapannya, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan kidney grille BMW Iconic Glow tiga dimensi serba baharu. 

image.pngimage.png

Elemen ini digandingkan dengan lampu utama adaptif LED yang dipertingkatkan dengan bantuan lampu tinggi, kini direka 35mm lebih nipis untuk penampilan lebih anggun dan dinamik, manakala, lampu siangnya pula tampil dengan reka bentuk X yang menonjol, diakhiri dengan hujungnya berbentuk anak panah.

Rekaan keseluruhan disempurnakan dengan apron hadapan baharu, corong udara berbentuk segitiga dan salur udara menegak.

image.pngimage.png

Daripada sisi, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan rim aloi ringan M bersaiz 21 inci dengan rekaan V-Spoke dan digandingkan dengan brek M Sport. 

image.pngimage.png

Pada bahagian belakang, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu kelihatan memukau dengan lampu belakang yang tirus, tiga dimensi dengan rekaan X yang bergaya, serta apron belakang yang dipertingkatkan, sekaligus menyerlahkan lagi gaya sporty kenderaan ini. 

Ciri luaran standard lain termasuk garisanluaran dan rel bumbung dengan kemasan Satin Aluminium, kemasan kayu halus Fineline Black dengan kemasan logam berkilat tinggi, serta pakej cermin sisi luaran yang dipertingkatkan.

image.pngimage.png

Di bahagian dalam, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu menampilkan suasana yang mewah dan canggih menerusi rekaan semula bahagian kokpitnya. Panel instrumen BMW yang elegan dengan Paparan Melengkung BMW menjadi tarikan utama, menampilkan paparan maklumat 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci.

Paparan digital bersaiz besar ini menawarkan antara muka yang lancar untuk akses mudah kepada fungsi penting, di samping mengekalkan gaya moden dan kemas di dalam kabin.

image.pngimage.png

Sementara itu, jalur kemasan yang lebih lebar di atas panel instrumen menyerlahkan susun atur nya yang mendatar, berperanan sebagai latar belakang yang elegan untuk Paparan Melengkung. Penambahan Bar Cahaya di bahagian penumpang hadapan serta elemen kawalan bersepadu di bawah Paparan Utama memberikan sentuhan kemasan tambahan, sekaligus mewujudkan suasana dalaman yang lebih anggun dan sofistikated. Tempat duduk sukan disediakan sebagai ciri standard untuk pemandu dan penumpang hadapan, lengkap dengan pelarasan tempat duduk elektrik serta fungsi memori. Sementara itu, upholsteri “Sensafin”, iaitu bahan sintetikpremium yang mimik tekstur halus kulit asli, menambahkan sentuhan premium dalam kabin sambil menawarkan keselesaan dan ketahanan — disediakan sebagai standard dalam warna hitam.

Selain itu, stereng kulit M menggabungkan kemewahan dan ketepatan bagi memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan selesa, manakala pelapik bumbung antrasit M menyerlahkan lagi nuansa sporty dalam SAV ini.

image.png

Ciri dalaman standard lain termasuk sistem bunyi sekeliling Harman Kardon, sistem akses keselesaan, sistem penggera, sistem perjalanan & keselesaan, penyaman udara automatik empat zon, bumbung kaca panorama, bidai suria bergelung untuk tingkap sisi belakang, alas lantai jenis velour dan tempat pengecasan tanpa wayar. Kapasiti ruang bagasi adalah seluas650 liter dan boleh diluaskan sehingga 1,870 liter.

Ia turut menampilkan versi terbaharu sistem kawalan injap boleh laras VALVETRONIC, yang mengurangkan tork geseran enjinsewaktu fasa nyahpecutan sehingga kira-kira dua pertiga, sekali gus membolehkan penjanaan semula tenaga brek yang lebih efisien.

image.png

Gabungan antara sistem hibrid-ringa 48V, unit 3.0 liter ini menjana kuasa maksimum sebanyak 280 kW (381 hp) dan tork mencecah 540 Nm — peningkatan kuasa sebanyak 35 kW (47 hp) dan 70 Nm tork berbanding model terdahulu.

Dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan serta sistem pacuan semua roda, rangkaian kuasa ini membolehkan BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam hanya5.4 saat, memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan bertenaga di jalan raya.

image.png

Kelajuan maksimum kenderaan ini mencecah 250 km/j, mengukuhkan lagi kebolehannya sebagai jentera berprestasi tinggi.

BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu didatangkan dengan rangkaian komprehensif sistem bantuan pemanduan BMW yang canggih sebagai ciri standard, termasuk Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Profesional. Sistem Bantuan Pemanduan Profesional mengintegrasikanpelbagai ciri berasaskan kamera dan radar, termasuk Bantuan Stereng dan Kawalan Lorong, Bantuan Henti Kecemasan, Bantuan Had Laju Automatik, Bantuan Tukar Lorong, Bantuan Kekal Lorong dengan perlindungan pelanggaran sisi, Amaran Lintasan Trafik di hadapan Ddan banyak lagi 

Daripada segi ketersambungan, BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu hadir dengan Kokpit Profesional Langsung BMW yang dipacu oleh Sistem Operasi 8.5 BMW.

Sistem ini menyokong pelbagai mod interaksi — daripada Pengawal iDrive dan arahan suara, sentuhan skrin hingga ke Kawalan Pergerakan, memastikan kemudahan penggunaan yang maksimum untuk semua penumpang. 

Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, Kunci Digital Plus BMW baharu disertakan sebagai ciri standard, bersama dengan kunci digital telefon pintar standard, yang membolehkan kenderaan dibuka secara automatik apabila pemandu menghampiri kenderaan

Ciri-ciri ketersambungan standard lain termasuklah Panggilan Kecemasan Pintar, telekhidmat, Perkhidmatan ConnectedDrive, Pakej Sambungan Profesional dan integrasi telefon pintar.

BMW X5 xDrive40i M Sport Baharu tersedia dalam pelbagai warna luaran, termasuk Mineral White, Black Sapphire, Brooklyn Grey dan Skyscraper Grey. Sementara itu, ruang dalaman hadir dengan upholsteri Sensafin dengan sulaman hiasan dalam warna hitam.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.