ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

BMW iX Baharu mengekalkan identiti reka bentuk ikoniknya, namun kini tampil dengan elemen reka bentuk yang diperhalusi untuk penampilan yang lebih dinamik. Mengekalkan rekaan asal, kidney grille kini diperincikan dengan garis pepenjuru dan sentuhan visual yang lebih anggun.

image.pngimage.png

Gril ini diserlahkan lagi dengan BMW Iconic Glow, yang menyala lembut apabila pintu kenderaan dibuka atau ditutup. Ciri ini diperkenalkan buat pertama kalinya pada model ini.

image.png

Lampu utama adaptif LED baharu dengan fungsi bantuan lampu tinggi turut ditambah baik dengan dua lampu condong pada setiap sisi yang meningkatkan tahap pencahayaan dan mengurangkan silau, sekali gus  mengukuhkan penampilan dinamik model ini.

Istimewa untuk BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, Pakej M Sport Pro disediakan sebagai ciri standard menambahkan elemen estetika melalui rimmaerodinamik M bersaiz 22-inci jenis 1025 M Multicolour 3D kemasan berkilat serta dipadankan dengan brek Sport berwarna merah dan M Lights Shadowline. Manakala Pakej M Aerodynamics.

image.png

Model ini juga hadir dengan Pakej M Sport Pro yang ditawarkan sebagai ciri standard memperkenalkan pelbagai elemen reka bentuk eksklusif seperti lambang M pada panel instrumen, kerusi pelbagai fungsi M dengan kemasan upholsteri Sensatec M berwarna hitamdan Alcantara dalam rona Atlas Grey, serta jalur M berwarna yang menyerlahkan penampilan atletik kenderaan. 

Pakej ini turut merangkumi stereng kulit M dengan reka bentuk tiga jejari dan aksen Dark Silver, kemasan trim Dark Silver, serta pelapik bumbung dalaman antrasit yang mewujudkan suasana kabin yang eksklusif dan elegan. 

image.pngimage.png

Bahagian perehat tangan dan panel instrumen juga dikemaskan dengan upholsteri Sensatec M berwarna hitam dan Alcantara Atlas Grey, menambahkan sentuhan premium dan tekstur mewah. Melengkapkan gaya luaran yang lebih sporty, lampu kabur pada bahagian hadapan dan belakang menonjolkan lagi penampilan dinamik kenderaan ini. 

Sebagai pilihan tambahan, ruang dalaman BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu dipertingkatkan dengan Reka Bentuk Dalaman Suite. Kapasiti ruang butnya adalah seluas 500liter namun jika kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh seluas sehingga 1,750 liter.

image.png

Model ini dilengkapi dengan pencahayaan ambien dan bumbung kaca panorama Sky Lounge, terdapat istem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara berkuasa 655 watt  manakala Kokpit Profesional Langsung BMW memberikan akses intuitif kepada navigasi, hiburan, serta tetapan kenderaan.

image.pngimage.png

Daripada aspek kemudahan,  ia dilengkapi dengan kerusi pelbagai fungsi untuk pemandu, sistem akses keselesaan, ruang storan untuk pengecasan tanpa wayar, serta sistem penyaman udara automatik dengan kawalan empat zon sebagai ciri standard.

image.png

Sementara itu, ciri ketersambungan turut terdiri daripada panggilan kecemasan pintar, telekhidmat, perkhidmatan ConnectedDrive, pakej sambungan profesional dan integrasi telefon pintar sebagai ciri standard.

image.png

Dari segi prestasi, BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu menawarkan kuasa 400 kW (544 hp) dan tork 765 Nm, menjadikannya varian lebih berkuasa dan dinamik antara kedua-dua model. 

image.png

Kenderaan ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 4.6 saat, dengan kelajuan maksimum 200 km/j. 

Manakala, jarak pemanduan elektriknya mencatatkan sehingga 701 km mengikut kitaran WLTP, hasil daripada bateri berkapasiti kasar 111.5 kWh yang lebih besar. 

Kadar pengecasan arus terus dengan maksimum 195 kW membolehkan BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu mencapai pengecasan pantas, memberikan sehingga 217 km jarak tambahan hanya dalam 10 minit pengecas.

Sebagai sebahagian daripada sistem akses keselesaan, model ini juga hadir bersama Kunci Digital Plus BMW menawarkan kaedah yang lancar dan selamat untuk mengakses kenderaan. Sistem ini merangkumi kunci fizikal, kad penyediaan dan kad servis, bagi proses pemasangan dan pengaktifan yang mudah.

Denganmenggunakan Kad Penyediaan, pengguna hanya perlu mendekatkannya ke telefon pintar atau mengimbas kod QR untuk mengaktifkan kunci digital.

Ciri ini membolehkan sehingga 18 kunci digital dikongsi bersama pengguna lain, dengan tetapan peranan dan had tertentu seperti kelajuan atau pecutan, ciri yang amat bermanfaat untuk pemandu baharu. Selain itu, sistem juga membolehkan kawalan fungsi kenderaan dilakukan melalui aplikasi My BMW.

Kad Servis pula membolehkan peralihan semula ke penggunaan kunci fizikal sekiranya diperlukan untuk tujuan penyelenggaraan atau kecemasan.

Daripada segi bantuan pemanduan, ia hadir secara standard dengan Bantuan Pemanduan Profesional dan Bantuan Parkir Plus, iaitu sistembantuan pemanduan canggih yang memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mudah dan selamat.

Bagi yang berminat, ia boleh didapati dalam warna eksklusif M Carbon Black, manakala ruang dalamannya ditawarkan dalam pilihan Interior Design Suite Amido, Interior Design Suite Castanea, serta reka bentuk dalaman M Sport berwarna hitam atau Atlas Grey.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRF5658

SELANGOR

BSR5062

JOHOR

J9999J*

PULAU PINANG

PSD6757

PERAK

APJ7309

PAHANG

CFH1267

KEDAH

KGG9522

NEGERI SEMBILAN

NEK8723

KOTA KINABALU

SJS9761

KUCHING

QAB1761P

Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800

Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.

23-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.