ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Farasis Energy Mula Pengeluaran Percubaan Bateri Keadaan Pepejal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Farasis-Energy-8.jpg


Syarikat tenaga baharu, Farasis Energy, yang disokong oleh Mercedes-Benz, dilaporkan telah memulakan fasa percubaan untuk proses pengeluaran dan penghantaran bagi program pembangunan bateri pepejal (solid-state) mereka. Berdasarkan laporan CarNewsChina yang memetik portal berita China, IT-Home, pembinaan barisan pengeluaran percubaan ini dijangka siap menjelang penghujung tahun 2025.


Sasaran Kapasiti


Farasis-Energy-4.jpg


Sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan bateri pepejal jenis sulfida, barisan pengeluaran baru ini dirancang untuk memiliki kapasiti rekaan sebanyak 0.2 GWj dengan sasaran untuk membekalkan sampel bateri sulfida berkapasiti 60 Aj kepada rakan strategik syarikat.


Farasis turut mengesahkan bahawa bateri ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) selain rakan kongsi sedia ada.


Bergantung kepada maklum balas pasaran dan rancangan masa depan syarikat, pengeluaran bateri pepejal semua jenis dijangka mengalami peningkatan ke tahap gigawatt-jam (GWj) menjelang 2026.


Teknologi Canggih Di Sebalik Bateri Pepejal Sulfida


Farasis-Energy-2.jpgFarasis-Energy-3.jpg


Farasis menjelaskan bahawa bateri pepejal jenis sulfidanya dibangunkan dengan katod yang mengandungi kandungan nikel tinggi, reka bentuk bungkusan lembut (soft-pack) serta susunan sel yang bertingkat. Ini dipadankan dengan anod yang diperbuat daripada silikon tinggi atau logam litium.


Matlamat Farasis adalah untuk menghasilkan bateri yang boleh menyimpan tenaga melebihi 400 Wj/kg. Bateri pepejal mereka kini sudah mula diuji dalam situasi sebenar dan dilaporkan menunjukkan prestasi yang stabil dan tahan lama ketika digunakan secara berulang kali. 


Farasis-Energy-7.jpgFarasis-Energy-6.jpg


Elektrolit pepejal ini juga telah lulus ujian tusukan, geseran dan bilik haba. Antara yang membantu ketahanan bateri ini adalah ciri ‘penutupan automatik’ untuk mengurangkan risiko apabila berlaku kegagalan haba.


Platform Bateri Kedua 


Selain bateri pepejal sulfida, Farasis juga sedang membangunkan platform bateri kedua yang menggunakan elektrolit komposit oksida/polimer, dengan anod logam litium dan katod bernikel tinggi, mensasarkan ketumpatan tenaga sehingga 500 Wj/kg.


Latar Belakang Farasis Energy


Farasis-Energy-5.jpgFarasis-Energy-1.jpg


Ditubuhkan sejak 2009, Farasis Energy terkenal sebagai pengeluar bateri litium-ion soft-pack ternari berprestasi tinggi yang digunakan dalam kenderaan elektrik dan teknologi penyimpanan tenaga. Disokong oleh Mercedes-Benz, Farasis juga menjalin perkongsian strategik dengan Geely dan syarikat Turki, Togg, selain bekerjasama dengan FAW bagi penggunaan dalam kenderaan komersial.


Melalui kerjasama dengan Mercedes-Benz, Farasis membekalkan bateri bagi beberapa model EV Mercedes, termasuk sedan EQE dan EQS. Walau bagaimanapun, salah satu model yang menggunakan bateri Farasis pernah terbabit dalam insiden kebakaran di sebuah garaj parkir bawah tanah di Korea Selatan.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV
Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS  Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026
EV
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada

2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.