Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Tempahan untuk Honda HR-V facelift yang bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi telah dibuka.
Tempahan bagi Honda HR-V versi facelift kini telah dibuka secara rasmi dan boleh dibuat sama ada secara dalam talian atau dengan mengunjungi mana-mana cawangan terdekat Honda di seluruh negara, menjelang pelancaran rasminya pada suku ketiga tahun ini.
Honda HR-V Facelift Tampil Lebih Moden

Honda HR-V facelift yang telah pun dilancarkan di Jepun sebagai Vezel ini hadir dengan beberapa perubahan reka bentuk yang lebih menarik. Antara perubahan paling ketara ialah gril hadapan yang direka semula dengan gaya lebih minimalis dan kemas, menampilkan jalur menegak yang bertingkat.
Dari tepi, model ini dilengkapi dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci yang lebih sporty. Bahagian belakang juga menerima sentuhan baharu dengan lampu LED penuh yang memanjang dari sisi ke sisi. Dua warna badan baharu turut diperkenalkan iaitu Phoenix Orange Pearl (jingga) dan Crystal Black Pearl (hitam).
Kabin Lebih Moden Dan Canggih
Walaupun Honda Malaysia belum mendedahkan gambar rasmi untuk ruang kabinnya, HR-V facelift versi Thailand menunjukkan perubahan pada konsol tengah yang direka semula serta skrin infotainment 8 inci yang kini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Pilihan Enjin Yang Pelbagai


Honda HR-V varian V versi pra-facelift dengan enjin turbo VTEC 1.5 liter.
Seperti model sebelum ini, HR-V facelift ditawarkan dalam tiga pilihan trenkuasa iaitu:
- Enjin 1.5 liter 4 silinder NA (L15B) dengan kuasa 119 hp (121 ps) dan tork 145 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT dan pacuan roda hadapan (FWD)
- Enjin 1.5 liter 4 silinder berpengecas turbo VTEC dengan kuasa 179 hp (181 ps) dan tork 240 Nm, juga dengan transmisi CVT dan pacuan roda hadapan.
- Varian e:HEV menggunakan sistem kuasa hibrid Honda yang menggabungkan enjin petrol 1.5 liter Atkinson Cycle (104 hp [105 ps], 127 Nm) dan motor elektrik (129 hp [131 ps], 253 Nm).
Sistem Keselamatan Honda SENSING Ditingkatkan


Honda HR-V e:HEV RS versi pra-facelift dengan enjin hibrid e:HEV 1.5 liter.
HR-V facelift terus menampilkan pakej keselamatan Honda SENSING dengan fungsi bantuan pemanduan canggih (ADAS) yang dipertingkatkan, termasuk Adaptive High Beam dan Active Cornering Light untuk keselamatan optimum.
Baca: Honda HR-V & BR-V 2022 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang!
Sejak diperkenalkan pada 2015, Honda HR-V telah menerima sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dan kekal sebagai SUV segmen B bukan nasional paling laris di negara ini. Sehingga Mei 2025, lebih 169,000 unit HR-V telah terjual di Malaysia, menjadikan ia model terlaris Honda setakat tahun ini.
Baca: Pandu Uji Honda HR-V RS e:HEV: Crossover Hibrid Yang Ranggi Untuk Pemanduan Urban
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge