- Berita
- Berita Auto
- Jazeman Jaafar Bawa Inisiatif TTAP Ke Peringkat Dunia Melalui Kolaborasi Dengan Bosch
Jazeman Jaafar Bawa Inisiatif TTAP Ke Peringkat Dunia Melalui Kolaborasi Dengan Bosch

Majlis penandatanganan telah diadakan pada pagi Sabtu lalu antara Persona Energy milik Jazeman dan Bosch Engineering Japan untuk memulakan program TTAP Bosch Xcelerator.
Bagi bintang perlumbaan tempatan, Jazeman Jaafar, Festival Super GT Malaysia 2025 bukan sekadar medan untuk menunjukkan kehebatannya beraksi di litar. Pada masa yang sama, pelumba dan juga usahawan yang berusia 32 tahun ini memanfaatkan peluang untuk memperluas inisiatif TTAP yang diasaskannya.
Apa Itu TTAP?
TTAP atau Technology Transfer Apprenticeship Program ialah program pembangunan bakat dalam bidang kejuruteraan sukan permotoran yang diasaskan dan dipimpin oleh Jazeman melalui syarikat konsultansi beliau, Persona Energy Sdn Bhd, di mana beliau berperanan sebagai Pengarah Eksekutif.
Jalin Kerjasama Dengan Bosch Engineering Japan

MoU ditandatangani oleh Jazeman (kiri) dan Pengarah Urusan Bosch Engineering Japan, John Plackmann (kanan).
Semasa acara Super GT hujung minggu lalu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Persona Energy dan Bosch Engineering Japan bagi melancarkan program baharu, TTAP Bosch Xcelerator. Majlis penandatanganan tersebut diadakan di garaj Earl Bamber Motorsport (EBM) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dengan kehadiran Jazeman dan Pengarah Urusan Bosch Engineering Japan, John Plackmann.
Menurut Jazeman, “Kerjasama dengan Bosch Engineering Japan menaikkan TTAP ke tahap lebih tinggi, membolehkan kami menyelaraskan pengalaman pendidikan dengan keperluan sebenar sukan permotoran global. Bersama rakan kongsi sedia ada, kami membina jambatan yang menghubungkan bakat ASEAN dengan [peluang dan pengalaman bertaraf] antarabangsa.”
Matlamat Program TTAP Bosch Xcelerator

Jazeman (kedua dari kiri) bersama wakil daripada Bosch Engineering Japan dan alumni TTAP.
Sebagai pemangkin utama bagi ekosistem sukan permotoran dan kejuruteraan automotif di ASEAN, program TTAP Bosch Xcelerator mensasarkan untuk menghasilkan tenaga profesional yang mampu bersaing di arena antarabangsa serta menyumbang secara signifikan kepada pasukan perlumbaan global dan sektor mobiliti yang lebih luas.
Para peserta akan berpeluang belajar terus daripada jurutera yang pernah memenangi kejuaraan, ketua pasukan dan mekanik perlumbaan yang berpengalaman luas, di samping bimbingan secara langsung daripada Jazeman sendiri.
John Plackmann menambah, “Kerjasama kami dengan Persona Energy menegaskan komitmen jangka panjang Bosch di Malaysia, bukan sahaja dalam memajukan solusi mobiliti masa depan, tetapi juga dalam membina bakat tempatan dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk berkembang dalam landskap automotif yang berubah dengan pesat.”

Jazeman dan Plackmann selepas membuat lawatan ke garaj EBM di PETRONAS SIC hujung minggu lalu.
Bosch Engineering akan membawa kepakaran kejuruteraan bertaraf dunia ke dalam program ini, manakala Bosch Motorsport, yang merupakan sebahagian daripada Bosch Engineering GmbH, akan menyumbang teknologi yang telah terbukti dalam perlumbaan, memberikan peserta akses kepada kepakaran mencecah puluhan tahun dalam sistem canggih yang dipercayai dalam sukan permotoran.
Kerjasama Lain TTAP

Dua alumni TTAP yang hadir di garaj pit EBM semasa acara Super GT hujung minggu lalu.
Sebelum ini, TTAP telah menjalinkan kerjasama dengan Porsche Motorsport Asia Pacific dan Yayasan Raja Muda Selangor (Yayasan RMS) melalui penglibatan dalam Porsche Carrera Cup Asia serta usaha membangunkan bakat dalam FIA World Endurance Championship (WEC).
Baca: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours
Baca: Super GT Malaysia 2025 Terima Sambutan Hangat – Tiba Lagi Tahun Depan?

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4902
SELANGOR
BSR6718
JOHOR
JA4418J
PULAU PINANG
PSD8749
PERAK
APJ9263
PAHANG
CFH1897
KEDAH
KGH1430
NEGERI SEMBILAN
NEK9535
KOTA KINABALU
SJT1341
KUCHING
QAB2164P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours
MAS 2025 turut menjadi pentas penting bagi pelumba profesional, Jazeman Jaafar, membuat pengumuman mengenai perancangannya dalam arena sukan permotoran tahun ini.
13-05-2025
Jazeman Akan Bersaing Dengan Kerong Li
Jazeman bakal membuat penampilan sulung dalam perlumbaan Super GT yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang , pada 26 hingga 28 Jun ini.
02-05-2025
Jazeman Sedia Beraksi Perlumbaan Sulung 12 Jam Sepang Pada Minggu Ini
Pelumba kereta terkenal negara, Jazeman Jaafar akan menyertai Perlumbaan 12 Jam Sepang (S12H) dengan jentera Aston Martin di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.
14-03-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
