Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo

Nampaknya, pelancaran hatchback EV baharu TQ Wuling Bingo semakin hampir memandangkan TQ Manufacturing Sdn Bhd (TQ) sudah mengumumkan satu lagi pratonton khas kepada umum.
Ini kerana TQ WULING akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur. Sepanjang acara tersebut, EV hatch ini akan dipamerkan di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur bermula pukul 7 pagi hingga 10:30 pagi.

TQ turut menyatakan bahawa TQ Wuling Bingo EV akan membuka acara itu dengan melakukan pemanduan ‘sweeper’ di sekitar laluan larian. Orang awam yang berminat menyertai larian khas sejauh 7KM ini boleh mendaftar secara dalam talian melalui halaman Facebook TQ Wuling.
Selain itu, sesi ini turut menampilkan aktiviti senaman Zumba khas anjuran TQ Wuling, serta pelbagai aktiviti interaktif lain yang berpusatkan penampilan EV hatch ini dalam edisi acara bulanan tersebut.
“Melalui KL Car-Free Morning, kami teruja dapat berinteraksi dengan orang awam dan mempamerkan pilihan hijau mampu milik – TQ WULING Bingo EV, yang akan tersedia tidak lama lagi untuk rakyat Malaysia,” kata Ketua Perniagaan, TQ Manufacturing Sdn Bhd, Wan Wei Sun,
Mengimbas kembali, TQ Wuling Bingo EV buat julung kalinya diperkenalkan awal tahun ini di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, KL.
Malah, ia turut dipertontonkan secara umum di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).


Buat masa ini, TQ Wuling Bingo akan dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) tahun ini dimana ia bakal bersaing dengan Dongfeng Box, serta Proton e.MAS 5 dan Perodua EV (dimana kedua-duanya masih dalam pembangunan).


Di pasaran negara jiran, TQ Wuling Bingo EV hadir dengan dua pilihan kapasiti bateri iaitu 31.9 kWh dan 37.9 kWh. Kedua-duanya menyokong motor elektrik hadapan yang menjana kuasa setakat 68 PS dan tork 150 NM. Masing-masing menawarkan jarak perjalanan msejauh 333 KM dan 410 KM.
Berdasarkan pemerhatian kami di MAS 2025, TQ Wuling Bingo EV dijangka hadir lengkap dengan pencahayaan LED sepenuhnya, paparan digital berkembar, sistem kemasukan tanpa kunci, upholsteri kulit tiruan (leatherette) dengan tempat duduk hadapan boleh laras kuasa, serta pelbagai ciri lain.
Yang penting, TQ Wuling Bingo EV dijangka dilancarkan dengan harga di bawah RM100,000. Nantikan lebih banyak maklumat mengenai model EV hatch baharu ini menjelang pelancaran rasminya pada suku keempat nanti.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
TQ Wuling Pasang Bingo EV Di Segambut, KL
TQ Wuling secara rasmi mengumumkan permulaan pemasangan tempatan (CKD) untuk TQ WULING Bingo EV di fasiliti pembuatan milik Kumpulan Tan Chong di Segambut, Kuala Lumpur.
22-01-2026
Tempahan Untuk TQ Wuling Bingo Elektrik Sudah Dibuka, Ada 2 Varian
TQ Wuling Bingo sudah dibuka untuk tempahan sekali gus memberi bayangan model ini akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, tidak lama lagi.
20-11-2025
TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025
Wuling Automobile (SGMW) dari China bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV pertamanya di Malaysia, iaitu TQ Wuling Bingo pada Disember ini.
20-09-2025
TQ Wuling Bingo Dipasang Secara Tempatan Bermula Disember 2025
Wuling Automobile (SGMW) dari China bakal memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV pertamanya di Malaysia, iaitu TQ Wuling Bingo pada Disember ini.
20-09-2025
Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM
Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...
26-08-2025
EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?
Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).
05-05-2025
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Berita Terkini
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit
Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?
13-05-2026
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat
Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!
13-05-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km
Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.
11-05-2026
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas
Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.
11-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat