Kustom Ada Gaya! Art of Speed 2025 Tarik Ribuan Pengunjung

Festival Art of Speed (AOS) edisi ke-14 telah melabuhkan tirainya di MAEPS Serdang pada hujung minggu lalu dengan sambutan yang luar biasa. Acara AOS 2025 kali ini memperkukuh kedudukannya sebagai acara ‘Kustom Kulture’ terbesar di Malaysia, menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.




Bertemakan “Kustom Ada Gaya,” festival tahun ini menampilkan beberapa tetamu eksklusif dari peringkat antarabangsa seperti trio Mooneyes Japan iaitu Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii dan Hey Murakamii. Turut hadir ialah Brendon Vetuskey, Pereka Produk Hot Wheels; Darren McKeag dari McKeag Art USA; Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride; serta ramai lagi tokoh dunia automotif dan kustom kenderaan.


Seperti edisi sebelumnya, AOS 2025 diadakan bersama-sama dengan Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) yang memasuki edisi ketiganya. Pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus untuk peminat dan pengumpul tegar.
Aktiviti Menarik AOS 2025




Pelbagai program menarik lain turut memeriahkan festival seperti Beetle Battle yang dianjurkan oleh Denny Kusumah dari Volkswagen Beetle Club Indonesia, perhimpunan mega pemilik skuter Santai Scooterist, pelbagai perhimpunan kelab kereta, Roda Rumble 2025 khusus penggemar dua roda yang disokong oleh Retro Mania, pasar lambak automotif, platform jual beli motosikal Moto4sale, serta Test Ride Zone bagi model motosikal baharu.


Di pentas utama SoundCircus Takeover, penonton dihidangkan dengan persembahan daripada barisan artis tempatan seperti legenda R&B Ruffedge, Noh Salleh & Restoe Iboe, Romantic Echoes, Iqbal M, Luqman Podolski, Budak Nakal Hujung Simpang, Fugo dan ramai lagi.
Pertarungan “Best of Show” Kereta dan Motosikal


Pertandingan Best of Show bagi kategori automotif dan motosikal menerima penyertaan ramai dengan pemenang tahun ini akan diundang sebagai tetamu istimewa di MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2025 yang ke-33 di Jepun.
Shaun Pinto dinobatkan juara kategori Best of Show Automobil dengan Volkswagen Beetle klasik 1965 manakala Omar Jumiran dari Eastern Bobber memenangi kategori motosikal dengan motosikal Honda CB175 1983 yang telah diubahsuai secara unik.
Baca: Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN3625
SELANGOR
BST3575
JOHOR
JD4073J
PULAU PINANG
PSF2146
PERAK
APL1472
PAHANG
CFH5857
KEDAH
KGH7835
NEGERI SEMBILAN
NEL6328
KOTA KINABALU
SJT8259
KUCHING
QAB4874P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya”.
04-07-2025
Jom ke Art of Speed 2024 pada 27-28 Julai ini! Apa yang Menarik?
Lebih besar dan menarik dari sebelum ini! Itulah yang dijanjikan kepada peminat dunia Kustom & Counter Culture.
03-07-2024
Art of Speed 2023 Bakal Berlangsung Di MAEPS Pada 29-30 Julai Nanti, Ini Senarai Aktiviti
Acara Kustom & Counter Culture terbesar Malaysia, Art of Speed, kembali menggegarkan negara pada tahun ini dengan lebih banyak acara menarik.
14-03-2023
Kini Kembali! Pameran Kereta Terbesar Malaysia Autoshow Bakal Diadakan Mei Ini
Malaysia Autoshow bakal kembali menggegarkan dunia pencinta kereta.
25-01-2023
Berita Terkini
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan
PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
