Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
Daripada jumlah keseluruhan 146,391 unit yang terjual antara Januari hingga Jun, Macan mencatatkan jualan sebanyak 45,137 unit, peningkatan sebanyak 15% berbanding tahun sebelumnya. Porsche memaklumkan bahawa 57% daripada jualan Macan pada separuh pertama tahun ini adalah versi elektrik baharu, dengan penyerahan sebanyak 25,884 unit unit. Manakala baki 43% atau 19,253 unit adalah versi enjin pembakaran dalaman (ICE).
Jualan Model ICE Dihentikan Di Eropah

Model Macan ICE telah dihentikan jualannya di Eropah sejak pertengahan 2024 berikutan pelaksanaan undang-undang keselamatan siber yang ketat, yang menyebabkan model lama tidak lagi mematuhi piawaian tersebut.
Namun, Porsche mengakui terdapat permintaan untuk model pengganti Macan berkuasa enjin pembakaran di kebanyakan pasaran Eropah. Oleh itu, mereka kini sedang menilai kemungkinan memperkenalkan model SUV baharu dengan pilihan enjin pembakaran dan hibrid secara berasingan.


Setakat ini, tiada tarikh rasmi diumumkan untuk pelancaran model SUV baharu yang dijangka akan diposisikan di bawah Cayenne memandangkan Porsche merancang untuk menamatkan pengeluaran model Macan ICE sedia ada di seluruh dunia menjelang 2026.
Prestasi Jualan Model Lain


Selain Macan, model Panamera mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 13% dengan jualan 14,975 unit. Bagaimanapun, model lain seperti 911 mencatat penurunan 9% dengan 25,608 unit, manakala Cayenne mengalami penurunan lebih ketara sebanyak 23% dengan hanya 41,873 unit terjual.
Baca: Porsche 911 Carrera & Carrera 4 GTS Hybrid Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.43 Juta



Model elektrik andalan (flagship) Porsche, Taycan, juga mencatat penurunan jualan sebanyak 6% dengan jualan 8,302 unit, manakala gabungan jualan model sport 718 Boxster dan Cayman menurun 12% dengan jualan 10,496 unit.
Baca: Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Pasaran Utama & Cabaran Global

Pasaran utama Porsche kekal di Amerika Utara dengan jualan sebanyak 43,577 unit, mencatat pertumbuhan 10% tahun ke tahun. Sebaliknya, pasaran lain termasuk Jerman dan China menunjukkan penurunan, dengan China mencatat pengurangan terbesar sebanyak 28% kepada 21,302 unit.
Ahli Lembaga Pengarah Porsche untuk Jualan dan Pemasaran, Matthias Becker, menyatakan bahawa mereka menjangkakan keadaan pasaran akan terus mencabar. Oleh itu, Porsche akan bekerjasama rapat dengan kawasan-kawasan pasaran bagi mengimbangi bekalan dan permintaan sejajar dengan strategi ‘keutamaan terhadap nilai berbanding jumlah’ Porsche.
Baca: Porsche Macan EV Dah Tempuh Ujian 3.5 Juta KM
Baca: Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Generasi Seterus Porsche 718 Hadir Dalam Versi ICE Selain Elektrik
Porsche 718 akan hadir dalam versi ICE.
15-12-2025
Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang
Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.
21-11-2025
Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta
Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.
29-09-2025
Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik
Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.
12-08-2025
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!
17-07-2025
Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!
Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.
07-07-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge