Mitsubishi Grandis Dihidupkan Semula Sebagai SUV Hibrid, Eksklusif Pasaran Eropah

Selepas lebih sedekad meninggalkan pasaran, nama Mitsubishi Grandis dihidupkan semula dengan identiti baharu sebagai sebuah SUV crossover hibrid yang eksklusif untuk pasaran Eropah. Model ini dibangunkan berasaskan platform CMF-B yang dikongsi bersama Renault dan Nissan dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.
Grandis generasi terbaru ini secara asasnya diadaptasi daripada Renault Symbioz, SUV crossover segmen C yang popular di Eropah. Walaupun berkongsi banyak elemen reka bentuk dan platform, Grandis hadir dengan beberapa ciri berbeza terutamanya dari segi mekanikal.
Ciri Mekanikal Mitsubishi Grandis

Dari segi enjin, Grandis tidak menggunakan konfigurasi sama seperti Symbioz. Model ini didatangkan dengan dua pilihan kuasa hibrid:
- Hibrid ringkas (MHEV) 1.3 liter pengecas turbo dengan kuasa 138 hp (140 ps), dipadankan bersama transmisi manual enam kelajuan atau automatik DCT tujuh kelajuan, pacuan roda hadapan (FWD).
- Hibrid selari (HEV) menggunakan enjin petrol aspirasi natural 1.8 liter berkuasa 108 hp (109 ps), digabungkan dengan dua motor elektrik, transmisi pelbagai mod pintar dan bateri litium-ion 1.4 kWj. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan 154 hp (156 ps), juga dalam versi FWD.

Seperti kebanyakan kenderaan hibrid moden, Grandis baharu dilengkapi mod pemanduan EV yang membolehkan kenderaan bergerak sepenuhnya menggunakan motor elektrik. Ia juga mempunyai sistem brek regeneratif yang mengecas semula bateri ketika turun bukit atau membrek.
Rekaan & Kelengkapan Mitsubishi Grandis




Dari segi rekaan, Grandis mengekalkan siluet anggun dan bergaya seperti Symbioz, dengan badan SUV lima pintu yang praktikal. Sentuhan Mitsubishi jelas kelihatan pada gril hadapan yang unik, logo tiga berlian ikonik di depan dan belakang, serta rim lima jejari.


SUV lima tempat duduk ini dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 10.4 inci dalam kedudukan potret, sistem operasi Google, kluster meter digital dan konsol tengah jenis terapung yang menempatkan tombol gear serta kawalan pendingin hawa.
Grandis baharu menawarkan ruang but berkapasiti antara 434 hingga 566 liter bergantung kepada kedudukan tempat duduk belakang yang boleh digerakkan ke depan atau belakang (slidable). Antara kemudahan lain termasuk bukaan pintu but kawalan jarak jauh, bumbung kaca panoramik dengan fungsi kegelapan elektro-kromik serta pelbagai ciri bantuan pemanduan (ADAS) terkini.
Pengeluaran dan Pasaran

Model ini akan dihasilkan di kilang Renault di Valladolid, Sepanyol dan dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada penghujung tahun ini. Mitsubishi Grandis generasi baru ini akan menjadi model yang ditawarkan khas hanya untuk pasaran Eropah, bersama beberapa model Mitsubishi lain yang berasaskan platform Renault.
Baca: CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB5384
SELANGOR
BSV4533
JOHOR
JJ4782J
PULAU PINANG
PSH7401
PERAK
APN3926
PAHANG
CFJ5247
KEDAH
KGK1077
NEGERI SEMBILAN
NEM7552
KOTA KINABALU
SJV4454
KUCHING
QAB1627Q
Terakhir Kemas Kini 28 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD
Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.
27-11-2026
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k
Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.
25-11-2026
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747
SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.
25-11-2026
Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas
Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.
24-11-2026
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan
Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.
23-11-2026
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447
Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.
16-11-2026
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
