ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Grandis Dihidupkan Semula Sebagai SUV Hibrid, Eksklusif Pasaran Eropah

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-2.jpg


Selepas lebih sedekad meninggalkan pasaran, nama Mitsubishi Grandis dihidupkan semula dengan identiti baharu sebagai sebuah SUV crossover hibrid yang eksklusif untuk pasaran Eropah. Model ini dibangunkan berasaskan platform CMF-B yang dikongsi bersama Renault dan Nissan dalam pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.


Grandis generasi terbaru ini secara asasnya diadaptasi daripada Renault Symbioz, SUV crossover segmen C yang popular di Eropah. Walaupun berkongsi banyak elemen reka bentuk dan platform, Grandis hadir dengan beberapa ciri berbeza terutamanya dari segi mekanikal. 


Ciri Mekanikal Mitsubishi Grandis


2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-5.jpg


Dari segi enjin, Grandis tidak menggunakan konfigurasi sama seperti Symbioz. Model ini didatangkan dengan dua pilihan kuasa hibrid:

  • Hibrid ringkas (MHEV) 1.3 liter pengecas turbo dengan kuasa 138 hp (140 ps), dipadankan bersama transmisi manual enam kelajuan atau automatik DCT tujuh kelajuan, pacuan roda hadapan (FWD).
  • Hibrid selari (HEV) menggunakan enjin petrol aspirasi natural 1.8 liter berkuasa 108 hp (109 ps), digabungkan dengan dua motor elektrik, transmisi pelbagai mod pintar dan bateri litium-ion 1.4 kWj. Gabungan ini menghasilkan kuasa keseluruhan 154 hp (156 ps), juga dalam versi FWD.

2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-7.jpg


Seperti kebanyakan kenderaan hibrid moden, Grandis baharu dilengkapi mod pemanduan EV yang membolehkan kenderaan bergerak sepenuhnya menggunakan motor elektrik. Ia juga mempunyai sistem brek regeneratif yang mengecas semula bateri ketika turun bukit atau membrek.


Rekaan & Kelengkapan Mitsubishi Grandis


2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-1.jpg2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-4.jpg2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-6.jpg2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-10.jpg


Dari segi rekaan, Grandis mengekalkan siluet anggun dan bergaya seperti Symbioz, dengan badan SUV lima pintu yang praktikal. Sentuhan Mitsubishi jelas kelihatan pada gril hadapan yang unik, logo tiga berlian ikonik di depan dan belakang, serta rim lima jejari.


2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-9.jpg2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-8.jpg


SUV lima tempat duduk ini dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 10.4 inci dalam kedudukan potret, sistem operasi Google, kluster meter digital dan konsol tengah jenis terapung yang menempatkan tombol gear serta kawalan pendingin hawa.


Grandis baharu menawarkan ruang but berkapasiti antara 434 hingga 566 liter bergantung kepada kedudukan tempat duduk belakang yang boleh digerakkan ke depan atau belakang (slidable). Antara kemudahan lain termasuk bukaan pintu but kawalan jarak jauh, bumbung kaca panoramik dengan fungsi kegelapan elektro-kromik serta pelbagai ciri bantuan pemanduan (ADAS) terkini.


Pengeluaran dan Pasaran


2025-Mitsubishi-Grandis-SUV-Europe-3.jpg


Model ini akan dihasilkan di kilang Renault di Valladolid, Sepanyol dan dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pada penghujung tahun ini. Mitsubishi Grandis generasi baru ini akan menjadi model yang ditawarkan khas hanya untuk pasaran Eropah, bersama beberapa model Mitsubishi lain yang berasaskan platform Renault.

Baca: CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-07-2025
Global

03-07-2025
Global

05-05-2024

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.