Nissan Rancang Eksport EV N7 Bermula 2026, Malaysia Tidak Tersenarai?

Nissan Motor Co. telah menandatangani perjanjian dengan Dongfeng Motor Group bagi menubuhkan sebuah syarikat eksport kenderaan baharu, sebagai langkah strategik untuk memanfaatkan kapasiti pengeluaran mereka di China dengan lebih optimum.
Melalui kerjasama ini, Nissan akan mula mengeksport kenderaan elektrik (EV) yang dihasilkan di China bermula tahun 2026, dengan model sedan elektrik N7 menjadi produk utama dalam inisiatif ini.
Sasaran Pasaran Antarabangsa & Cabaran Eksport

Sasaran eksport awal merangkumi negara-negara di Asia Tenggara, Timur Tengah dan pasaran antarabangsa lain di mana Nissan sudah mempunyai rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang kukuh. Langkah ini juga bertujuan menangani permintaan EV yang semakin perlahan di dalam pasaran China sendiri.
Model N7 yang dibangunkan oleh Dongfeng Nissan merupakan EV pertama jenama ini yang dibina menggunakan platform khas untuk kenderaan tenaga baharu. Dilancarkan di China awal tahun ini, harga permulaan model ini adalah sekitar RMB119,900 (~RM91,000).
Sedan ini menampilkan reka bentuk fastback yang aerodinamik dengan koefisien seretan rendah 0.208 Cd, tempat duduk yang menyokong postur badan dan teknologi bantuan pemandu berasaskan kecerdasan buatan (AI). Dengan panjang hampir lima meter, N7 bersaing dalam segmen sedan EV bersaiz sederhana.


Namun begitu, usaha eksport N7 ke pasaran global berdepan dengan beberapa cabaran, terutamanya berkaitan sistem AI dan perisian yang dibangunkan bersama syarikat teknologi China yang mungkin tidak mematuhi peraturan sesetengah negara yang mengehadkan penggunaan perisian asal China.
Penyelesaian Teknologi Untuk Pasaran Global
Bagi mengatasi isu ini, Nissan bekerjasama dengan IAT Automobile Technology untuk membangunkan versi sistem digital N7 yang mematuhi keperluan eksport antarabangsa. Usaha ini membabitkan pelaburan sebanyak RMB1 bilion (RM585 juta), dengan pegangan 60% oleh Nissan China Investment Co. dan 40% oleh Dongfeng Motor.
Masa Depan EV Nissan

China terus menjadi peneraju revolusi EV dunia, dan Nissan berharap model EV yang mampu milik dan sarat teknologi yang diimport dari negara tersebut dapat menghidupkan semula permintaan di pasaran luar negara. Selain N7, Nissan juga merancang melancarkan lebih banyak model EV dan hibrid plug-in, termasuk trak pikap elektrik pertama mereka yang dijangka keluar tahun ini.


Bagaimanapun, bagi pasaran Malaysia, peluang N7 tiba di sini masih samar. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia dilihat sering ‘hilang’ daripada ‘peta pelancaran’ produk serantau Nissan. Model seperti Ariya tidak pernah memasuki pasaran tempatan, manakala model lain seperti Kicks tiba lewat dan kurang mendapat sambutan. Sebaliknya, negara jiran seperti Thailand dan Singapura menerima model terbaru Nissan lebih awal.
Baca: Kilang Nissan Berisiko Ditutup, Foxconn Muncul Sebagai Penyelamat?
Sumber: CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge