Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.
Dua varian MG Cyberster iaitu RWD dan 4WD akan ditampilkan pada acara berkenaan. MG Motor Old Klang Road merupakan salah satu daripada 25 pengedar sah MG Motor di seluruh negara yang terpilih untuk menganjurkan acara ini.

Ia berikutan bilik pameran itu dilengkapi dengan kemudahan Cyberster Garage eksklusif yang dilengkapi dengan alat diagnostik canggih, alat ganti tulen, dan pasukan terlatih yang komited untuk memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan bertaraf tinggi kepada pemilik Cyberster.
Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara akan menerima pakej pengecasan tanpa had selama setahun secara percuma bersama JomCharge (termasuk fungsi AutoCharge), pengecas AC Wallbox 7kW¹, model Diecast MG Cyberster edisi terhad, dan pelbagai hadiah eksklusif lain.
Para pengunjung juga boleh menikmati sesi pandu uji model MG kegemaran lain seperti MGS5 EV, MG5, MG4, dan MG HS, disamping jamuan ringan dan bengkel MG Cyberster, menjadikannya hujung minggu yang sempurna untuk pencinta kereta dan seisi keluarga.
Bagi yang berminat dengan MG Cyberster, MG Cyberster RWD ditawarkan pada harga bermula RM299,900, manakala MG Cyberster 4WD pula RM319,900.
Kedua-dua varian MG Cyberster RWD dan 4WD menampilkan siluet rendah yang anggun dengan rekaan ekor gaya Kammback, lampu belakang LED berbentuk anak panah, serta kabin berinspirasikan perlumbaan yang dipadankan dengan kemasan kulit, sisipan Alcantara, dan sokongan lumbar yang dipertingkatkan.


Di bahagian dalam, ia dilengkapi dengan tiga skrin utama yang merangkumi paparan digital pemandu 10.25-inci, dua skrin tambahan 7-inci, dan skrin sentuh infotainmen bersaiz 7-inci.

Bagi yang berminat, MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna luaran menarik iaitu Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow dan English White. Dynamic Red dan Camden Grey digandingkan dengan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White hadir bersama dalaman kelabu.
Untuk maklumat lanjut atau pandu uji, layari www.mgmalaysia.com atau ikuti media sosial rasmi MG Malaysia di @MGmotorMY.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
26-08-2025
SAIC Motor Ajak Datang KLIMS 2024, Pelbagai Ganjaran Menanti Anda!
SAIC Motor Malaysia menjemput orang ramai untuk menyaksikan barisan model MG pada pameran KLIMS 2024 yang akan berlangsung di MITEC, pada 5 Disember hingga 11 Disember ini.
02-12-2024
MG Cyberster Didedah, Mungkin Lancar Tahun Ini
SAIC Motor turut membuat kejutan kepada media apabila membawa masuk MG Cyberster semalam.
23-08-2024
Hanya Ada 100 Biji Cyberster Red Top Edition Tapi Ada Sebabnya
MG Motor melancarkan edisi khas roadster elektrik baru-baru ini.
02-02-2024
Maknanya, Jenama MG Akan Masuk M'sia Tak Lama Lagi!
Pengeluar kereta terkemuka British, Morris Garages (MG) sudah membuka laman web dan halaman Facebook rasminya semalam.
30-01-2024
Imej Rasmi Kabin Roadster Elektrik MG Cyberster 2024 Yang 'Stylo' Didedahkan
SAIC MG telah mendedahkan gambar kabin MG Cyberster. Ini perinciannya...
12-07-2023
Dilancar: MG Cyberster RWD Cukup Bergaya, 340 PS, Boleh Gerak Sejauh 508 KM, Harga Cuma RM299,900
MG Motor Malaysia melancarkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD baru-baru ini.
09-07-2025
Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
26-08-2025
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge