Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi dan ditandatangani Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, kelulusan itu menandakan satu pencapaian penting bagi projek berkenaan.
"Kelulusan ini dibuat susulan Pelaksanaan Pemeriksaan Awam yang diadakan dari 2 September hingga 2 Disember 2024, di mana MRT Corp telah menerima lebih daripada 45,000 maklum balas bertulis.

"Sebanyak 93.3 peratus daripada maklum balas berkenaan menyatakan sokongan terhadap projek ini, mencerminkan sokongan kukuh daripada orang awam dan pihak berkepentingan.
"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Persatuan Penduduk dan Kumpulan Perniagaan atas kerjasama dan pandangan mereka yang telah membawa kepada sokongan awam yang begitu menggalakkan," katanya.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, MRT Corp telah membuat beberapa penambahbaikan terhadap penempatan stesen dan jejambat sepanjang jajaran projek serta reka bentuk sistem rel MRT3 Laluan Lingkaran.

Antara penambahbaikan yang ketara adalah pengurangan jumlah lot tanah yang perlu diambil alih daripada 1,012 kepada 690, sekali gus mengurangkan impak terhadap komuniti yang terlibat.
Jajaran projek juga telah dipertingkatkan hasil kerjasama rapat dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuharaya Malaysia (LLM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan.
"Dengan kelulusan yang diperoleh hari ini, proses pengambilan tanah kini boleh dimulakan dan disasarkan untuk disiapkan menjelang akhir tahun 2026.
MRT Corp akan menghubungi komuniti yang terbabit dan memaklumkan kepada mereka mengenai penambahbaikan yang telah dilakukan di kawasan masing-masing," tambah kenyataan itu
MRT3 Laluan Lingkaran adalah jajaran sepanjang 51 kilometer yang akan menghubungkan kawasan sekeliling Kuala Lumpur.
Direka bentuk untuk integrasi penuh dengan laluan MRT, transit aliran ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Monorel sedia ada, Laluan Lingkaran ini akan menampilkan 10 stesen pertukaran yang terletak secara strategik bagi membolehkan perjalanan dua hala yang lancar di seluruh Lembah Klang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge