SUV Mitsubishi Destinator Diperkenalkan, Khas Untuk ASEAN – Mungkin Tiba Di Malaysia?

Mitsubishi Jepun memperkenalkan secara rasmi model pengeluaran untuk DST Concept yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan ramai. Dikenali sebagai Mitsubishi Destinator, SUV tiga baris ini kekal setia dengan identiti asal, tiga baris tempat duduk, pacuan roda hadapan (FWD) selain direka khas untuk pasaran ASEAN, sekaligus memberi bayangan bahawa Destinator turut berpotensi memasuki pasaran Malaysia.
Direka Untuk ASEAN, Platform SUV B Xforce

Sistem FWD yang digunakan turut secara tidak langsung menunjukkan bahawa ia akan dibina berasaskan platform sama seperti SUV segmen B Mitsubishi Xforce. Aspek luarannya banyak mengekalkan elemen 'garang' DST Concept seperti garis badan yanng tegap, pelindung badan (cladding) berwarna hitam, serta rekaan lampu LED penuh di depan dan belakang yang diinspirasikan daripada Xforce.
Kabin Praktikal



Dari segi saiz, Mitsubishi Destinator berukuran 4,680 mm panjang, 1,780 mm tinggi dan 1,840 mm lebar, dengan jarak antara roda 2,815 mm. Ini boleh diterjemahkan kepada ruang kabin tiga baris yang cukup luas untuk tujuh penumpang. Jarak kelegaan tanahnya pula mencecah 214 mm.
Dari segi praktikaliti, tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata, menjadikan ruang simpanan lebih luas untuk membawa barangan yang bersaiz besar.
Mitsubishi melengkapkan SUV ini dengan pelbagai ciri moden seperti skrin infotainmen 12.3 inci, panel meter digital 8 inci, pencahayaan ambien unik, bumbung suria panorama serta sistem audio Yamaha.
Enjin Turbo Lebih Bertenaga, Lima Mod Pemanduan



Dari segi mekanikal, Mitsubishi Destinator menampilkan enjin 1.5 liter turbo 4 silinder MIVEC yang telah dipertingkat untuk menghamburkan kuasa 161 hp dan tork 250 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Lima pilihan mod pemanduan turut disediakan, sementara sistem suspensi telah diberikan diolah untuk keselesaan lebih baik walaupun melalui jalan tidak rata.
Ciri Keselamatan ADAS Yang Canggih
Mitsubishi Destinator turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang komprehensif serta teknologi separa autonomi Tahap 2.
Kemungkinan Tiba Di Malaysia

Selepas pengenalan maya ini, Mitsubishi Destinator bakal diperkenalkan kepada umum di Gaikindo Indonesia International Auto Show pada 23 Julai. Jualan di Indonesia akan bermula pada hari sama, dengan model CKD tempatan menjanjikan harga yang kompetitif.
Model ini turut dijadualkan akan diperkenalkan secara serentak di Vietnam dan Filipina pada hari sama. Walaupun belum ada pengesahan untuk Malaysia, tidak mustahil Destinator bakal menembusi pasaran tempatan sebagai SUV keluarga baharu.
Baca: Mitsubishi Grandis Dihidupkan Semula Sebagai SUV Hibrid, Eksklusif Pasaran Eropah

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tak Menang Tangan! Mitsubishi Hantar 900 Unit Xforce Kepada Pelanggan April Ini
Laku Keras! Mitsubishi Xforce Buktikan Siapa 'Raja' SUV Kompak Terbaharu.
29-04-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
Mitsubishi Xforce Dipasang Di Pekan, 800 Unit Dijangka Dihantar Pada April Ini
Pengeluaran Mitsubishi Xforce sudah pun dijalankan secara besar-besaran di kilang pemasangannya yang terletak di Pekan, Pahang.
03-02-2026
ROI Mitsubishi Xforce Sudah Dibuka, Jika Minat Sangat Boleh Tempah Pada Feb Nanti
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan membuka tempahan untuk Mitsubishi Xforce bermula awal Februari ini.
12-01-2026
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!
Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.
05-01-2026
Mitsubishi XForce HEV Diperkenalkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Mitsubishi Motors Thailand (MMTh) memperkenalkan model terbaru, Mitsubishi XForce HEV.
20-03-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

