ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tambahan Lorong Dari Kulai-Sedenak Siap Tahun Depan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik untuk anda!

Ini kerana pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dijangka mula menikmati kemudahan enam lorong seawal tahun depan apabila empat kilometer laluan bagi projek pelebaran lebuh raya Kulai ke Sedenak mula dibuka secara berperingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata laluan itu adalah sebahagian daripada Fasa 1 Pakej 1, membabitkan kerja pelebaran sepanjang 14 kilometer dari Kulai ke Sedenak dengan kos RM249 juta.

"Kerja pembinaan bermula pada 28 Jun tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 28 Jun 2027. Setakat ini, kemajuan projek berada pada tahap 16.44 peratus berbanding jadual asal 20.02 peratus, iaitu kelewatan sebanyak 3.58 peratus.

"Kerajaan negeri telah mengadakan rundingan bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Bhd dan kontraktor terlibat bagi memastikan projek kembali mengikut jadual pada September ini," katanya menerusi hantaran Facebook.

image.pngimage.png

Bagi  Fasa 1 Pakej 2, kerja pelebaran sepanjang tujuh kilometer dari Sedenak ke Simpang Renggam bermula pada 22 Jun lalu dengan kos RM160 juta dan kini pada peringkat awal pembinaan di tapak.

Projek itu dijangka siap pada 22 Disember 2027.

Sementara itu, bagi Fasa 2 dengan kos RM439 juta melibatkan laluan sepanjang 16 kilometer dari Simpang Renggam ke Machap, kontraktor utama telah dilantik pada 1 Julai lalu dan dijangka memulakan kerja di tapak Ahad ini. Projek dijangka siap sepenuhnya pada 27 Julai 2029.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA1655

SELANGOR

BSQ3512

JOHOR

JYX2763

PULAU PINANG

PSC4903

PERAK

APH6581

PAHANG

CFG5949

KEDAH

KGG2081

NEGERI SEMBILAN

NEK4832

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8364N

Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026
Berita Auto

01-04-2024
EV

03-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026
Berita Auto

20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi

Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!

26-05-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang

Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.

26-05-2026
Berita Auto

Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei

Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.

26-05-2026
Berita Auto

PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.

25-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.