Toyota SYI Outrun 2025: 6,500 Peserta Bersatu Kumpul RM200,000 Untuk Kanser



Acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 yang dianjurkan UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pada hujung minggu lalu, 27 Julai di Putrajaya menerima sambutan luar biasa dengan penyertaan seramai 6,500 orang.
Menurut Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, “SYI Outrun mengingatkan kita tentang perubahan positif yang terhasil apabila setiap langkah diambil dengan penuh makna.”
Dana Untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
Seramai 6,500 peserta bertanding dalam tiga kategori utama iaitu 5 KM, 10 KM dan kategori baharu 21 KM. Yuran penyertaan masing-masing ialah RM55, RM75 dan RM95 seorang. Melalui acara ini, UMWT berjaya mengumpul dana berjumlah RM200,000 untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).




Apa yang menariknya di acara ini adalah kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli kelab larian Persatuan Pelari Anak Luar Biasa atau Little Fighter Runners dan Bikeisable, sejajar dengan semangat inklusif yang ditekankan oleh UMWT.
Mini Festival Kesihatan & Aktiviti Interaktif
Selain larian, SYI Outrun 2025 turut dimeriahkan dengan mini festival kesihatan. Para peserta dapat melawat gerai interaktif NCSM, N8 Sports Nutrition dan ATF Sport Taping. Pemeriksaan kesihatan percuma juga ditawarkan kepada pengunjung.



UMWT turut mempamerkan barisan kenderaan Toyota termasuk model popular seperti Vios, Yaris G Limited, Hilux GR Sport 4x4 serta Corolla Cross HEV.




Turut menarik perhatian ramai ialah aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan di Toyota Activity Zone dan pameran di Gazoo Racing Showcase.
Hadiah Lumayan & Penghargaan




Dalam acara larian utama, 10 pelari teratas bagi kategori 10 KM dan 21 KM menerima hadiah wang tunai yang keseluruhannya bernilai lebih RM138,000. Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan ganjaran bernilai lebih RM19,000 termasuk Sony PlayStation 5, televisyen Sony Bravia dan jam tangan Garmin Forerunner Triathlon.
Sebagai tanda penghargaan khas, para peserta yang menamatkan larian 21 KM menerima jersi eksklusif sebagai kenangan acara dan lambang kejayaan.
Baca: Jualan Toyota Memberangsangkan, Tawar Promosi Menarik Untuk Pelanggan

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat