TQ Wuling Bingo Bakal Dilancar Hujung Tahun Ini, Harga Bawah RM100,000, Mampukah Tewaskan Proton e.MAS 7, Perodua EV Nanti?

TQ Manufacturing (TQ) anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH atau Kumpulan), mengumumkan bahawa kenderaan elektrik (EV) TQ WULING Bingo versi pemasangan tempatan ini bakal dilancar suku keempat tahun dengan harga di bawah RM100,000 sahaja.
Harga ini ditetapkan memandangkan kerja-kerja pemasangan kereta ini dibuat tempatan secara (CKD) di kilang pengeluaran kenderaan TCMH yang terletak di Segambut, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melihat lebih dekat model Bingo EV, pihak syarikat mengadakan sesi pratonton melalui siri jelajah#HelloTQWBingo Tour yang sudah pun bermula sepanjang bulan ini.
Berikut adalah lokasinya:

Untuk pasaran tempatan, ia akan ditawarkan dalam dua varian Long Range dan Premium Range dengan pilihan bateri 31.9 kWj yang menjanjikan jarak pemanduan sehingga 333 km dan bateri 37.9 kWj dengan jarak yang lebih tinggi iaitu 410 km, kedua-duanya berdasarkan standard CLTC.
Dari segi pengecasan, TQ Wuling Bingo menyokong pengecasan AC sehingga 3.3 kW serta pengecasan pantas DC (kadar belum diumumkan), di mana pengecasan 30% hingga 80% dikatakan boleh dicapai dalam masa sekitar 35 minit.


Kedua-dua varian dilengkapi motor elektrik yang sama yang dipasang di hadapan, menjana kuasa 68 ps dan 150 Nm.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan TQ Manufacturing Sdn. Bhd., Wan Wei Sun mengakui pihaknya menerima sambutan yang sangat memberangsangkan terhadap TQ WULING Bingo EV sempena Malaysia Autoshow yang diadakan di MAEPS, Serdang, pada Mei lalu.
"Jadi, kami mengadakan Siri Jelajah #HelloTQWBingo untu memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kereta ini dan memahami mengapa model ini penting dalam menjadikan EV lebih mudah diakses oleh ramai rakyat Malaysia," katanya.



Difahamkan, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling) telah menjual lebih 2 juta kenderaan elektrik di seluruh dunia dan merupakan peneraju global dalam teknologi EV kompak.
Bateri eksklusif Wuling, MAGIC EV menawarkan tahap keselamatan tertinggi tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan dan mempunyai sijil IP67 iaitu perlindungan tinggi terhadap habuk dan air, sekali gus memberi ketenangan minda kepada pengguna.
Untuk keterangan lanjut, layari www.tqwuling.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
EV TQ Wuling Bingo Dilancarkan Di Malaysia – Kecil Tapi Praktikal, Dari RM62,800 Dengan Rebat
Selepas beberapa kali dipertontonkan di Malaysia, kenderaan elektrik (EV) bersaiz kompak, TQ Wuling Bingo akhirnya dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan.
17-12-2025
Jom Sertai KL Car-Free Morning, Anda Boleh Belek TQ Wuling Bingo
TQ Wuling Bingo akan menyertai acara KL Car-Free Morning pada 3 Ogos ini di Kuala Lumpur.
28-07-2025
MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan
TCMH mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar EV terkemuka China, SGM Wuling, TQ Wuling Bingo.
08-05-2025
Wuling Bingo S Dari RM40K Di Pasaran China – Lebih Praktikal, 430 KM
Muncul versi lebih besar di pasaran China, Wuling Bingo S, yang dijual pada harga bermula dari CNY 68,800. Ini spesifikasinya...
26-08-2025
EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?
Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).
05-05-2025
Wuling Keluarkan Bateri EV Di Indonesia
Syarikat automotif China, Wuling, kini bukan sahaja mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) di Indonesia, tetapi turut mengeluarkan baterinya di negara tersebut di kilang yang terletak di Cikarang, Jawa Barat.
03-01-2025
EV Wuling Air: Spesifikasi Dan Harga Pasaran Indonesia Didedahkan, Bermula Dari RM74K
Harga bagi kenderaan elektrik (EV) yang dikeluarkan untuk pasaran Indonesia, EV Wuling Air didedahkan.
13-07-2022
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat