ETS Segamat-JB Sentral Belum Siap Lagi

Nampaknya, pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang mahu ke Johor Bahru perlu menunggu sehingga hujung tahun atau mungkin tahun depan memandangkan kerja-kerja elektrifikasi dan isyarat masih belum belum lengkap, terutamanya di jajaran sepanjang 100km antara Kluang dan JB Sentral.
Memetik kenyataan akhbar bahasa Inggeris, The Star, difahamkan, sistem talian atas (catenary) masih belum siap sepenuhnya, dengan kabel sentuh dan komponen penting lain bagi peralatan talian atas (OHLE) masih belum dipasang.
OHLE ialah sistem kabel atas dan struktur sokongan yang membekalkan tenaga elektrik untuk menggerakkan tren elektrik, dan merupakan bahagian penting dalam elektrifikasi rel.
Sebelum ini, beberapa laman sosial mendedahkan bahawa ETS ke Johor Bahru akan siap pada Ogos ini namun tiada perkembangan lanjut diumumkan sejak jajaran pendek antara Gemas dan Segamat mula beroperasi menggunakan ETS pada 15 Mac lalu.

Ketika KTMB membuka jualan tiket awal pada 30 Jun untuk perjalanan sehingga 31 Disember, tiada tiket ETS ke arah selatan ditawarkan selepas Segamat.
Pada Rabu lalu, KTMB mengumumkan penangguhan jualan tiket awal selepas Disember, dan memohon maaf kerana tidak dapat menawarkan tiket bagi Januari 2026 dalam masa terdekat ini.
Lazimnya, jualan tiket dibuka enam bulan lebih awal.
Menurut pakar sistem kereta api, Yuslizar Daud, proses pemasangan dan pengujian sistem elektrik talian atas sepenuhnya boleh mengambil masa yang panjang.
“Kerja pemasangan OHLE, ketegangan kabel, pelarasan dengan landasan, pengecasan tenaga, ujian dan pentauliahan akan mengambil masa yang ketara. Kemudian perlu ada pemeriksaan akhir oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum lampu hijau diberikan," kata Yuslizar yang merupakan bekas Ketua Bahagian Rel SPAD.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa KTMB sedang cuba mempercepat pembukaan jajaran sejauh 90km dari Segamat ke Kluang, supaya perkhidmatan ETS dapat dilanjutkan ke Kluang dalam suku tahun ini, walaupun KTMB masih belum mengemukakan permohonan rasmi kepada APAD.
Pada masa yang sama, ujian ke atas set tren ETS baharu yang tiba dari China turut sedang dijalankan, selaras dengan keperluan perundangan untuk unit pertama dikenali sebagai "Golden Train" melengkapkan sekurang-kurangnya 8,000km tanpa sebarang kerosakan dalam proses dikenali sebagai “fault-free run” (FFR).
FFR ialah keperluan standard untuk memastikan keselamatan dan integriti sistem sebelum ia boleh digunakan dalam operasi komersial. Semua set tren baharu diwajibkan menjalani prosedur ini, walaupun set yang serupa mungkin hanya perlu menjalani ujian dengan jarak perjalanan lebih rendah, asalkan tren emas berjaya melengkapkan lebih 8,000km tanpa sebarang isu.
Dijangka KTMB akan menggunakan set tren ETS lama untuk mengendalikan perkhidmatan ETS ke Kluang, sekiranya APAD memberikan kelulusan untuk jajaran tersebut dibuka kepada orang ramai.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Nak Balik Kampung Sambut Raya Cina, Ramadan? KTMB Tawar Diskaun ETS 20%
KTMB umum diskaun 20% untuk perkhidmatan ETS.
16-02-2026
KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral
KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.
09-12-2025
Perhatian Buat Penumpang Yang Nak Ke Hatyai, Tren MySawasdee Dibatal
KTMB mengumumkan pembatalan perkhidmatan tren MySawasdee No.1004 (KL Sentral – Hatyai, 28 November 2025) dan MySawasdee No.1005 (Hatyai – KL Sentral, 1 Disember 2025).
25-11-2025
Dalam 24 Jam: Lebih 80,000 Tiket KTMB Terjual
Bayangkan, dalam 24 jam, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menjual 82,896 tiket bagi perjalanan 1 Januari hingga 30 April tahun hadapan.
19-11-2025
Deepavali: 2 Tren ETS Tambahan Disediakan Sempena Deepavali
KTMB menyediakan dua Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan setiap hari bermula 17 hingga 22 Oktober bagi laluan Padang Besar – KL Sentral.
04-10-2025
Kerajaan Bakal Tambah 50 Set Tren ETS, Komuter
Kerajaan akan mendapatkan 50 set tren baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat .
25-08-2025
Berita Baik!ETS3 KL-Kluang-KL Mula Operasi 30 Ogos Ini
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan akan mula beroperasi pada 30 Ogos ini.
25-08-2025
Berita Terkini
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.
26-05-2026
20 Saman AES: Pemandu Alphard Akhirnya Kantoi
Pemandu Alphard Kantoi Sembunyi Kereta Belakang Bank, Rupa-Rupanya 'Sarat' Saman AES!
26-05-2026
Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko
2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.
26-05-2026
Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan
Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.
26-05-2026
Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari
Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.
26-05-2026
Sedia Hadap ‘Jammed’? Lebih 3 Juta Kenderaan Banjiri KLK & LPT1 Sempena Cuti Panjang
Aliran Trafik KLK, LPT1 Melonjak Sempena Cuti Sekolah & Aidiladha.
26-05-2026
Naik Genting Highlands Kena Bayar? Ini Kadar Caj Baharu Bermula 28 Mei
Bukan percuma lagi! mulai Khamis ini, Masuk Genting Highlands kena bayar tol.
26-05-2026
PLUS Lancar JustGo, Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka
Bye-Bye Tersalah Lorong! JustGo Cetus Revolusi, Bebas Guna Mana-Mana Lorong Tol PLUS Bermula Ogos Ini.
25-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat