Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo Diesel 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM192K
![]()
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (SDAC-Ford), pengedar rasmi jenama Ford di Malaysia, secara rasmi melancarkan Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo 2025 untuk pasaran tempatan. Model ini ditawarkan di pasaran bermula dari harga RM192,888.
Ciri Mekanikal Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo 2025
Dilengkapi dengan enjin diesel turbo 3.0 liter V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik E-Shift 10 kelajuan dan sistem pacuan 4 roda (4WD) sepenuh masa, yang menyalurkan tenaga mencecah 247 hp dan tork 600 Nm. Tahap penggunaan bahan apinya hanyalah sekitar 8.4 liter bagi setiap 100 km. Dari segi prestasi, Ford Ranger Wildtrak terbaru ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat.
Sebagai sebuah jentera yang lasak, enam mod pemanduan ditawarkan yang membolehkannya menempuhi pelbagai laluan dengan lebih mudah, termasuk Normal, Eco, Tow/Haul, Slippery, Mud/Ruts dan Sand.
Rekaan Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo 2025





Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo dalam warna Absolute Black yang garang.
Dari segi rekaan, model ini kelihatan gah dengan kepanjangan 5,370 mm, lebar 1,930 mm, dan tinggi 1,884 mm, serta jarak roda 3,270 mm, menawarkan ruang yang luas dan ketinggian yang mantap untuk pelbagai kegunaan.
Ranger Wildtrak didatangkan dengan lampu depan LED matriks yang terang, lampu siang berbentuk C-Clamp yang unik, lampu belakang LED, rim aloi bersaiz 20 inci dalam rekaan bahary, lampu lopak, bar sport berwarna Bolder Grey, rel bumbung, penutup kargo jenis roller serta pelindung bawah kenderaan.
Ciri menarik lain ialah sistem lampu zon 360 darjah, pemijak kaki untuk akses kargo, soket 230 V (tempat duduk belakang dan ruang kargo), serta pintu but mudah angkat (easy lift tailgate).
Dari segi kemampuan muatan, Wildtrak mampu memuatkan beban sehingga 1,000 kg. Untuk tundaan, boleh menarik beban sehingga 3,500 kg dengan sistem brek kekal berfungsi, membuktikannya sebagai sebuah trak pikap serba boleh.
Kabin Moden & Selesa






Ruang kabin Wildtrak dilengkapi skrin infotainmen SYNC 4A bersaiz 12 inci yang menyokong CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar, panel meter digital 8 inci, pengecas tanpa wayar, kawalan suhu dua zon dengan saluran udara ke tempat duduk belakang dan lampu ambien.
Tempat duduk hadapan tampil premium dalam balutan kulit, lengkap dengan fungsi pemanas dan boleh dilaraskan secara automatik kepada 8 arah. Untuk hiburan, sistem audio enam speaker disediakan.
Teknologi Keselamatan Terkini

Dalam aspek keselamatan, antara ciri yang disediakan adalah seperti Sistem Pengesanan Titik Buta (BLIS), Amaran Keluar Lorong, Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif dengan fungsi Henti & Gerak, Amaran Trafik Belakang dan Brek Pasca Pelanggaran.
Pembelian Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo 2025

Model ini hadir dalam empat pilihan warna menarik iaitu Arctic White, Meteor Grey, Absolute Black dan Luxe Yellow. Ford menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 160,000 km dengan pilihan lanjutan sehingga 7 tahun. Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo 2025 ditawarkan di pasaran pada harga RM192,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM198,688 (Sabah & Sarawak), atas jalan, tidak termasuk insurans.
Pakej Eksklusif Untuk Pembeli Terawal

Pembeli terawal berpeluang menikmati pakej servis lanjutan selama 2 tahun, beg penyejuk edisi terhad serta kerusi camping eksklusif Ford, eksklusif untuk tempahan secara dalam talian sahaja.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ford Ranger V6 Bakal Muncul Beberapa Hari Lagi?
SDAC Ford, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ford di Malaysia, kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan model baharu pada 23 Ogos ini.
12-08-2025
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.
27-03-2025
[PANDU UJI] Ford Ranger Wildtrak: Trak Yang Canggih & Selesa Bak SUV Premium
Ini pendapat kami tentang Ford Ranger Wildtrak...
18-07-2023
Ford Ranger Wildtrak 2023 | Mercu Tertinggi Dunia Pick-Up
Ford Ranger Wildtrak 2023 | Mercu Tertinggi Dunia Pick-Up
06-06-2023
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat