Isuzu Buka Cawangan Di Kuantan, Pahang

Isuzu Malaysia meraikan pembukaan cawangan baharunya di Kuantan, Pahang, sebentar tadi.
Cawangan baharu ini terletak di kawasan perindustrian Semambu di pinggir bandar Kuantan, dan dibangunkan di atas tanah yang luas yang dilengkapi pelbagai ciri baharu serta menggunakan identiti korporat Isuzu (CI) terkini.
Dikendalikan oleh Dynamic Motors Sdn Bhd, cawangan baharu ini dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi.
“Isuzu sangat berbangga dengan kualiti kenderaan yang dihasilkan, yang menawarkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi serta dengan prestasi cekap.
"Maka, kami juga perlu menyokong semua itu dengan menawarkan pengalaman pelanggan dan pemilikan yang bermutu tinggi dan memuaskan. Melalui cawangan baharu yang menyeluruh seperti cawangan terbaharu di Kuantan ini, kami berharap agar semua pelanggan akan menikmati tahap layanan yang tertinggi,”katanya.
Pusat 3S Dynamic Motors Isuzu turut menyediakan ruang yang luas untuk pelanggan. Ia didirikan di atas tanah berkeluasan 3,500 meter persegi, dengan keluasan bangunan 1,700 meter persegi termasuk tingkat Mezzanine yang menempatkan ruangan pejabat pentadbiran.
Keseluruhan tingkat bawah pula dikhususkan untuk pengalaman pelanggan sepenuhnya.
Ini termasuklah laluan berbumbung untuk pelanggan servis menyerahkan kenderaan mereka dengan selesa, sebuah ruang menunggu yang nyaman menampilkan barisan kerusi rehat atau ala kafe dan meja untuk kegunaan pelanggan yang ingin membuat kerja.
Peti sejuk dengan pelbagai pilihan minuman ringan serta mesin kopi juga tersedia untuk kegunaan pelanggan yang menunggu.

Selain daripada barisan model Isuzu D-Max dan Isuzu Elf, Pusat 3S Dynamic Motors Isuzu juga merupakan cawangan sah bagi kenderaan tugas berat dan sederhana Isuzu (MHD) yang membolehkan mereka menjual dan menyediakan servis bagi keseluruhan barisannkenderaan Isuzu, termasuk trak tugasan sederhana Forward dan juga trak tugasan berat Giga.
Pusat 3S Dynamic Motors Isuzu terletak di Jalan Industri Semambu . Bilik pamerannya dibuka setiap hari, sementara pusat servis pula di buka dari Isnin hingga Sabtu.
Untuk maklumat lanjut berkaitan waktu operasi dan servis yang disediakan di semua Pusat 3S Isuzu di seluruh negara, layari www.isuzu.net.my.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG3376
SELANGOR
BSR6302
JOHOR
JA3634J
PULAU PINANG
PSD8219
PERAK
APJ8703
PAHANG
CFH1749
KEDAH
KGH1266
NEGERI SEMBILAN
NEK9358
KOTA KINABALU
SJT1146
KUCHING
QAB2079P
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu Malaysia Buka Pusat 4S Di Balakong – Serba Lengkap & Moden
Isuzu Malaysia merasmikan pembukaan Pusat 4S serba baharu di Balakong. Cawangan terbaru ini menjadi pusat jualan, servis, alat ganti serta baik pulih badan dan cat dikendalikan oleh SV Prestige Auto.
24-11-2025
Isuzu Malaysia Tawar Isuzu Insurance Pro – Insurans Komprehensif, Kelulusan Pantas
Isuzu Malaysia memperkenalkan program insurans baharu khas untuk para pelanggan, Isuzu Insurance Pro.
06-08-2024
Toyota, Honda, Isuzu & Mitsubishi Bakal Tubuh Kilang Di Thailand – Labur RM20.4 Bilion
Empat syarikat automotif Jepun dilaporkan akan membuat pelaburan kira-kira 150 bilion baht untuk pengeluaran EV di Thailand.
26-12-2023
Isuzu D-Max 2023 Dilancarkan – Lebih Ranggi & Moden, Harga Dari RM94K
Isuzu Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi trak pikap Isuzu D-Max 2023.
16-02-2023
Pembukaan Pusat 3S Isuzu Dengan Identiti Terbaharu Yang Pertama, Lebih Menyerlah!
Isuzu Malaysia telah merasmikan pembukaan pusat 3S terbaharu minggu ini.
02-11-2022
Yang, Saya Tak Tinggalkan Awak!
Kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan semalam membabitkan empat kenderaan dengan dua mangsa maut rentung di lokasi kejadian.
16-10-2022
Review Pandu Uji Isuzu D-Max X-TERRAIN 2022 Trak Pikap Yang Semestinya Anda Mahu!
Isuzu perkenalkan D-Max generasi ke-3 yang tampil lebih berani, bergaya dan canggih. Ia juga dinamakan sebagai "Best Value Pikap Tahun 2022"! Hari ni Caricarz akan share dengan korang, apa yang ada dengan Isuzu D-Max X-TERRAIN, dari harga sampai spesifikasinya... Berbaloi ke membeli Isuzu D-Max X-T
06-09-2022
Berita Terkini
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE
Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.
14-07-2026
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris
Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.
14-07-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat