Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus mencuri tumpuan sepenuhnya pada acara Monterey Car Week, apabila pengeluar kereta Jepun itu mendedahkan model kereta konsep terbaharunya, Lexus Sport Concept. Kehadiran model sporty ini mungkin lebih daripada sekadar kajian reka bentuk, namun ada kemungkinan ia menjadi pengganti kepada model supercar LFA.
Nampaknya, Lexus Sport Concept masih mengekalkan beberapa elemen reka bentuk ikonik Lexus, memandangkan ia hadir dengan lampu hadapan LED berbentuk L yang disepadukan kemas ke dalam liang sisi.

Malah, reka bentuk gril hadapannya juga mengambil inspirasi daripada model Lexus terkini kerana berbentuk trapezoidnya.
Apa yang membuatkan ia sama dengan LFA ialah di bahagian sisinya dimana Sport Concept mengadaptasi bentuk coupe GT dengan bonet depan yang panjang seperti mana dengan model sebelum ini.
Malah, bonet depan yang memanjang itu digandingkan dengan lengkung fender yang membuatkan kereta ini lebih gagah, manakala liang udara di belakang roda dan tiang-C juga kelihatan sama dengan LFA.


Bahagian belakang pula lebih radikal, dengan diffuser besar serta lampu brek tengah gaya F1, ditambah dengan sayap belakang aktif. Ia disertakan dengan jalur lampu belakang LED yang merentangi keseluruhan lebar, menampilkan logo Lexus yang bercahaya di tengah-tengahnya.
Setakat ini, Lexus masih belum mendedahkan sepenuhnya bahagian dalaman Sport Concept, tetapi video pratonton menunjukkan sedikit bahagian kabin yang kelihatan moden dan futuristik, termasuk stereng gaya yoke dan panel meter digital penuh.
Seperti yang dijangka, Lexus juga tidak mendedahkan sebarang butiran trenkuasa atau mekanikal pada konsep ini, tetapi ketiadaan paip ekzos jelas menunjukkan bahawa kajian reka bentuk radikal ini mungkin adalah model versi elektrik. Ini juga menerangkan mengapa Sport Concept sering dianggap sebagai kesinambungan Lexus Electrified Sport Concept, jadi kemungkinan besar ia tidak akan menghasilkan bunyi garang seperti LFA.


Apapun, sama ada ia bakal menjadi pengganti elektrik sepenuhnya kepada LFA atau sekadar menggantikan LC yang semakin berusia, Lexus Sport Concept pastinya memberi harapan besar kepada peminat tentang masa depan jenama ini. Jika versi produksinya kekal dekat dengan konsep ini, Lexus mungkin bakal melahirkan sebuah lagi legenda.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA1655
SELANGOR
BSQ3512
JOHOR
JYX2763
PULAU PINANG
PSC4903
PERAK
APH6581
PAHANG
CFG5949
KEDAH
KGG2081
NEGERI SEMBILAN
NEK4832
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8364N
Terakhir Kemas Kini 26 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien
Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.
30-12-2025
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar
Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.
26-12-2025
Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa
Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.
08-12-2025
Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup
Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.
24-06-2025
Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV
Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.
23-04-2025
Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition
Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).
23-08-2024
Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual
UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.
12-06-2024
Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta
UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas
07-03-2024
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat