Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching
![]()
Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di negara ini, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada 23 dan 24 Ogos 2025.
Acara ini memberi peluang kepada orang ramai yang berhasrat untuk merasai sendiri pemanduan Mitsubishi Triton di beberapa laluan mencabar seperti Red Peak Climb, cabaran mendaki cerun khas 45 darjah yang mempamerkan kuasa enjin Triton serta kawalan mendaki bukitnya.
Selain itu, para peserta juga berpeluang menguji sendiri kenderaan tersebut melalui halangan buatan yang direka menyerupai keadaan sebenar jalan mencabar.

Apa yang cukup menarik terdapat jugak ujian di Side Traverse Ramp iaitu cerun sisi 35 darjah untuk menunjukkan kekuatan casis dan kestabilan Triton apabila salah satu tayar terangkat.
Selain itu, anda juga berpeluang menguji Roller Ramp iaitu menguji keupayaan sistem Super Select 4WD-II dalam mengatasi situasi seakan kenderaan tersekat di ladang atau tapak binaan.


Tidak ketinggalan, terdapat juga ujian Staircase Ramp yang mana terdapat mod Rock dalam sistem 7 Drive Modes memastikan tunggangan lancar dan selesa.


Bukan itu sahaja, para pengunjung yang melakukan pandu uji atau membuat tempahan kenderaan sepanjang acara berpeluang menyertai cabutan bertuah harian.
Hadiah menarik termasuk Naturehike Camping Wagon bernilai RM500, Mitsubishi Poler Chair (RM300) dan kipas mudah alih USB Mitsubishi (RM200).

Bagi yang tidak tahu Mitsubishi Triton Athlete ditawarkan pada harga bermula RM159,980 (atas jalan tanpa insurans, Semenanjung Malaysia).
Dalam perkembangan lain, MMM turut menawarkan beberapa program eksklusif untuk pelanggan sempena ulang tahun ke-20.
Antaranya Fantastic 5 dengan manfaat sehingga RM30,000, SME Gear Up Program untuk pemilik perniagaan, serta Triton Switch Up Program yang membolehkan pemilik Triton sedia ada menaik taraf ke model baharu tanpa bayaran pendahuluan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar
Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!
08-04-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge