Motosikal Elektrik CKD: SoloEra Solo 1C Dipasang Di Glenmarie, Shah Alam.
.png)
EP Blueshark Sdn Bhd, anak syarikat penyedia penyelesaian automotif, EP Manufacturing Bhd (EPMB) telah memulakan pemasangan tempatan motosikal elektrik SoloEra Solo 1C di fasiliti pengeluaran canggih di Glenmarie, Shah Alam, baru-baru ini.
Fasiliti di Glenmarie itu mempunyai kapasiti pengeluaran awal sebanyak 12,000 motosikal elektrik setahun, manakala pemasangan tempatan untuk model berprestasi tinggi Solo 2 dan Solo 3 kini sedang dijalankan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), MITI, Datuk Hanafi Sakri mengucapkan tahniah kepada EPMB dan Blueshark atas yang menjadi pemangkin kepada penerimaan 2WEV di Malaysia dan rantau ini.
"Pengeluaran besar-besaran kenderaan EV canggih oleh EPMB, pengeluar automotif tempatan, dengan kerjasama Blueshark, pemain mobiliti elektrik terkemuka, akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan sasaran NETR dan elektrifikasi kenderaan negara."
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, berkata pengeluaran tempatan Solo 1C menunjukkan pemain industri boleh memanfaatkan insentif nasional seperti program rebat MARiiCas, bersama inovasi teknologi, untuk menjadikan mobiliti elektrik mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.
"Dengan penurunan kos pemilikan, kami menjangkakan penerimaan arus perdana motosikal elektrik akan meningkat," katanya.
Model Solo 1C mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia, dengan lebih 6,000 pendaftaran minat dalam tempoh hanya sebulan selepas pelancaran promosi prapelancaran terhad bulan lalu.

Dengan harga serendah RM599, kempen ini menjadikan Solo 1C antara motosikal elektrik paling mampu milik di pasaran.
Kejayaan ini didorong oleh kerjasama eksklusif bersama Mesra Rewards dan Setel, serta disokong oleh inisiatif rebat EV MARiiCas oleh MARii yang direka untuk mempercepatkan penerimaan motosikal elektrik di seluruh negara.
Siri SoloEra ini direka khas untuk memudahkan peralihan daripada motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada motosikal elektrik, sekali gus menyumbang secara langsung kepada sasaran kerajaan untuk mencapai 20 peratus kenderaan elektrifikasi (xEV) menjelang 2030.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge