MSF Merdeka Race 2025 Berlangsung Di Sepang 31 Ogos – Ini Yang Menarik...

Bagi peminat sukan permotoran tempatan, MSF Merdeka Race 2025 bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Acara ini dibuka kepada orang ramai pada Hari Merdeka, 31 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.
Tiket dijual hanya pada harga RM35 seorang dan percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Pembelian tiket ini juga membolehkan akses masuk ke kawasan paddock dan pit.
Edisi ke-8 ini menampilkan perlumbaan utama, MSF SuperTurismo Merdeka 111 Endurance yang menguji ketahanan pemandu dan kenderaan membuat 111 pusingan di trek Sepang. Jangka masa perlumbaan adakah sekitar lima jam, lebih mencabar berbanding tahun lalu dengan hanya 99 pusingan.
Kategori Perlumbaan Empat Roda
.jpg)
Terdapat enam kategori yang diadakan termasuk perlumbaan SuperSeries, Tuner Production, SkillDRVN One Make Race dan Campro Cup yang berlangsung selama 40 minit. Manakala Saga Cup dan Myvi Cup pula berlangsung selama 75 minit.

Pemenang keseluruhan perlumbaan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000 termasuk trofi.
Perlumbaan Dua Roda
.jpg)
Selain perlumbaan empat roda, MSF Merdeka Race 2025 turut menampilkan perlumbaan motosikal dalam kategori MotoMSF. Perlumbaan ketahanan motosikal membabitkan 33 pusingan, lebih panjang berbanding 12 pusingan tahun lalu. Setiap kumpulan motosikal dikehendaki menggunakan dua penunggang dan dua motosikal dengan rutin pertukaran penunggang dan hentian pit wajib.
Hadiah lumayan turut disediakan untuk perlumbaan ketahanan motosikal dengan pemenang membawa pulang RM8,000, tempat kedua RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000 serta trofi.
American V-Twin Cup
Tahun ini, tarikan istimewa lain acara ialah perlumbaan American V-Twin Cup anjuran Prodigy Racing yang mempertandingkan motosikal Harley-Davidson dan Indian Motorcycles dalam perlumbaan tujuh pusingan.
Jadual Perlumbaan

Perlumbaan dimulakan dengan American V-Twin Cup pada jam 11 pagi, diikuti dengan 33 pusingan MotoMSF Superbikes pada jam 12 tengahari. Perlumbaan MSF SuperTurismo Merdeka 111 Endurance dijadualkan akan bermula pada jam 5 petang.
Baca: Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang
Baca: Proton R3 Terkubur: Legasi Perlumbaan Negara Berakhir Begitu Sahaja
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka
GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
02-09-2025
Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang
Tindakan menghentikan penganjuran Formula Satu (F1) di Malaysia, adalah satu kesilapan besar, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Azhan Shafriman Hanif.
18-08-2025
MAM Malaysia Festival of Speed 2025 Bakal Gegarkan Litar Sepang Ogos Ini
MAM Malaysia Festival of Speed (MFOS) bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC).
23-07-2025
Sepang Jadi Hos Pusingan Pembukaan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026
Perlumbaan ketahanan Michelin 24H Series Middle East 2025/2026 akan membuka tirainya di Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada minggu pertama Disember 2025.
22-06-2025
Beli Tiket Untuk Peluang Memenangi Toyota GR Supra Di Super GT Malaysia 2025!
Super GT akan kembali ke Malaysia menerusi pusingan ketiga kalendar Autobacs Super GT 2025 yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
03-06-2025
Tiket Super GT 2025 Malaysia Kini Dijual – Dari RM80 Untuk Yang Terawal
Perlumbaan berprestij dari Jepun, Autobacs Super GT 2025, bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Petronas Sepang tahun ini!
06-03-2025
TGR Malaysia Musim Ke-7 Melabuhkan Tirai – Aksi Akhir yang Mendebarkan
Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR Malaysia) Musim Ke-7 berakhir dengan perlumbaan epik Vios Challenge yang berlangsung hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
10-01-2025
MAM Festival Of Speed Malaysia 2024 Buka Peluang Bakat Baharu Sukan Permotoran Pamer Kemahiran
Litar Antarabangsa Petronas Sepang bakal digegarkan dengan acara sukan permotoran, MAM Festival Of Speed Malaysia 2024.
25-09-2024
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
