MSF Merdeka Race 2025 Berlangsung Di Sepang 31 Ogos – Ini Yang Menarik...

Bagi peminat sukan permotoran tempatan, MSF Merdeka Race 2025 bakal berlangsung hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Petronas Sepang. Acara ini dibuka kepada orang ramai pada Hari Merdeka, 31 Ogos bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.
Tiket dijual hanya pada harga RM35 seorang dan percuma bagi kanak-kanak bawah 12 tahun. Pembelian tiket ini juga membolehkan akses masuk ke kawasan paddock dan pit.
Edisi ke-8 ini menampilkan perlumbaan utama, MSF SuperTurismo Merdeka 111 Endurance yang menguji ketahanan pemandu dan kenderaan membuat 111 pusingan di trek Sepang. Jangka masa perlumbaan adakah sekitar lima jam, lebih mencabar berbanding tahun lalu dengan hanya 99 pusingan.
Kategori Perlumbaan Empat Roda
.jpg)
Terdapat enam kategori yang diadakan termasuk perlumbaan SuperSeries, Tuner Production, SkillDRVN One Make Race dan Campro Cup yang berlangsung selama 40 minit. Manakala Saga Cup dan Myvi Cup pula berlangsung selama 75 minit.

Pemenang keseluruhan perlumbaan akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 berserta trofi, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM2,000 termasuk trofi.
Perlumbaan Dua Roda
.jpg)
Selain perlumbaan empat roda, MSF Merdeka Race 2025 turut menampilkan perlumbaan motosikal dalam kategori MotoMSF. Perlumbaan ketahanan motosikal membabitkan 33 pusingan, lebih panjang berbanding 12 pusingan tahun lalu. Setiap kumpulan motosikal dikehendaki menggunakan dua penunggang dan dua motosikal dengan rutin pertukaran penunggang dan hentian pit wajib.
Hadiah lumayan turut disediakan untuk perlumbaan ketahanan motosikal dengan pemenang membawa pulang RM8,000, tempat kedua RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000 serta trofi.
American V-Twin Cup
Tahun ini, tarikan istimewa lain acara ialah perlumbaan American V-Twin Cup anjuran Prodigy Racing yang mempertandingkan motosikal Harley-Davidson dan Indian Motorcycles dalam perlumbaan tujuh pusingan.
Jadual Perlumbaan

Perlumbaan dimulakan dengan American V-Twin Cup pada jam 11 pagi, diikuti dengan 33 pusingan MotoMSF Superbikes pada jam 12 tengahari. Perlumbaan MSF SuperTurismo Merdeka 111 Endurance dijadualkan akan bermula pada jam 5 petang.
Baca: Kesilapan Besar Malaysia: Berhenti Anjur Perlumbaan F1 Di Sepang
Baca: Proton R3 Terkubur: Legasi Perlumbaan Negara Berakhir Begitu Sahaja
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat