Neta Auto "Berjaya" Hadapi Krisis Kewangan, Mula Bayar Gaji Pekerja

Neta Auto telah memulakan semula operasi pengeluarannya di China selain membuat pembayaran gaji penuh kepada pekerjanya di kilangnya di Tongxiang pada Julai lalu, lapor laman berita, CarNewsChina.
Perkembangan terbaharu ini menunjukkan syarikat tersebut telah pulih daripada krisis kewangan.
Krisis kewangan yang dialaminya menyebabkan operasi pengeluaran dihentikan selama berbulan-bulan, manakala ribuan pekerja diberhentikan.
Bagaimanapun, keadaan semakin beransur pulih apabila satu notis awam yang dikeluarkan oleh syarikat induk Neta, Hozon New Energy, menyatakan pihaknya sedang mencari pelabur strategik untuk mengambil bahagian dalam proses penstrukturan semulanya, di mana ia sebelum ini telah membuka saluran pra-pendaftaran melalui platform pelupusan aset Alibaba di China.

Sehingga kini, sebanyak 47 pelabur dilaporkan telah menghantar pernyataan minat terhadap program penstrukturan ini, di mana setiap pihak dikehendaki menyerahkan deposit sebanyak CNY 50 juta (RM29.444 juta) sebelum September 2025.
Sebelum pendedahan ini, Neta Auto secara rasmi telah memasuki prosiding penyusunan semula kebankrapan pada Jun 2025.
Seperti mana diketahui umum, Neta menghadapi masalah aliran tunai, tunggakan gaji pekerja sejak November 2024, dan telah memberhentikan pekerja secara besar-besaran sehingga mengurangkan hampir separuh daripada tenaga kerjanya.

Operasi pengeluaran turut dihentikan akibat hutang yang semakin meningkat kepada pembekal, dengan jumlah dilaporkan melebihi 6 bilion yuan (RM3.533 bilion).
Namun kini, Neta Auto telah mula menyambung semula pembayaran gaji penuh di fasiliti pengeluaran utamanya di Tongxiang.
Seiring dengan pengeluaran semula, syarikat itu turut memulakan usaha untuk mengaktifkan semula rangkaian jualan dan perkhidmatannya, termasuk menyediakan bahan sokongan dan bantuan kewangan kepada cawangan yang masih bersedia untuk bekerjasama.
Dengan cabaran operasi dan pengeluaran ini, serta prosiding kebankrapan yang sedang berlangsung, jualan tahunan kenderaan Neta Auto telah merosot dengan ketara kebelakangan ini.
Daripada 152,000 unit pada tahun 2022, pembuat kereta itu hanya berjaya menghantar 64,549 unit pada tahun 2024, dengan jumlah kerugian terkumpul kini mencecah CNY 18.3 bilion (RM10.776 bilion), menurut CarNewsChina.


Walaupun fasa pemulihan ini kelihatan seperti berita baik buat Neta Auto, ia masih dianggap sebagai peringkat awal dalam keseluruhan proses pemulihan syarikat tersebut, kerana masa depannya masih bergantung kepada kejayaan penstrukturan semula, pelaburan tambahan, dan perubahan dalam tadbir urus syarikat.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

