ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan GT-R R35 Ditamatkan Pengeluaran Tanpa Pengganti

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Nissan secara rasmi mengumumkan pengeluaran unit terakhir Nissan GT-R R35 di kilang Tochigi, Jepun. Model terakhir ini adalah varian Premium Edition T-Spec dengan warna khas Midnight Purple, yang dipercayai akan diserahkan kepada seorang pelanggan bertuah di Jepun.


250826-01_Tochigi_02.jpg250826-01_Tochigi_07.jpg250826-01_Tochigi_06.jpg


Setiap enjin GT-R telah dipasang secara manual oleh sembilan orang pakar atau ‘Takumi’ di kilang Nissan Yokohama. Nama setiap jurutera ini diukir pada plak khas yang dilekatkan pada enjin sebagai tanda keunikan.


Mengukir Sejarah Selama 18 Tahun


GT-R R35 mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan melalui pelbagai pembaharuan selama 18 tahun sebelum versi terakhir diperkenalkan pada Mac 2024. Enjin VR38DETT 3.8 liter turbo kembar V6 digabungkan dengan sistem pacuan semua roda Attessa ET-S, menghasilkan kuasa antara 473 hp hingga 600 hp mengikut varian.


250826-01_R35_GTR_Milestones_EN.jpg250826-01_R35_GTR_Speed_EN.jpg

250826-01_R35_GTR_Racing_EN.jpg


Dalam tempoh pengeluarannya, GT-R R35 memecahkan rekod pusingan Nurburgring sebanyak dua kali, dari 7 minit 38 saat pada 2007 kepada 7 minit 8.679 saat pada 2013. Ia juga mencatat kejayaan dalam perlumbaan Super GT di Jepun serta kejohanan lain di peringkat antarabangsa seperti Blancpain GT Series dan 12 Hours of Bathurst.


Tiada Pengganti Buat Masa Ini


Nissan telah membina dan menjual lebih kurang 48,000 unit GT-R R35 di seluruh dunia. Namun, model ikonik ini kini dihentikan pengeluarannya tanpa pengganti. Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Ivan Espinosa, menegaskan bahawa ia bukanlah perpisahan selama-lamanya dan mereka bercadang untuk membawa kembali nama GT-R suatu hari nanti.



"Kami faham jangkaan peminat sangat tinggi. Logo GT-R tidak boleh digunakan pada sebarang kenderaan. Ia hanya diperuntukkan untuk sesuatu yang benar-benar istimewa, dan R35 telah menetapkan standard yang tinggi.


"Jadi, apa yang boleh saya minta adalah kesabaran anda. Walaupun kami belum mempunyai pelan yang muktamad hari ini, GT-R akan terus berevolusi dan muncul kembali pada masa depan," tambahnya.


‘GT-R’ Elektrik Bakal Muncul?


250826-01_Tochigi_01.jpg


Satu kemungkinan pengganti untuk GT-R telah dibayangkan melalui konsep Nissan Hyper Force yang diperkenalkan pada 2023. Kereta konsep ini menampilkan pacuan elektrik berkuasa tinggi yang menggunakan teknologi bateri pepejal (solid-state), yang menjanjikan prestasi yang amat luar biasa.


Namun, kenyataan terkini daripada perancang produk GT-R, Hiroshi Tamura, menunjukkan bahawa masa depan elektrik bagi model generasi akan datang ini belum disahkan dan ada kemungkinan penggantinya akan hadir dengan sistem hibrid.


Walaupun pengeluaran R35 dihentikan tanpa pengganti langsung, kecenderungan Nissan untuk membangunkan model flagship berprestasi tinggi yang baharu adalah satu tanda yang baik. 

250826-01_R35_GTR_Sizzle.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3490

SELANGOR

BSV4164

JOHOR

JJ3324J

PULAU PINANG

PSH6951

PERAK

APN3497

PAHANG

CFJ5121

KEDAH

KGK395

NEGERI SEMBILAN

NEM7309

KOTA KINABALU

SJV3892

KUCHING

QAB1400Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto
Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

Syarikat automotif Jepun ini baru sahaja mengumumkan pelan perniagaan baharu dengan memperkenalkan lebih daripada 13 model serba baharu dan versi facelift.

28-03-2025
Global
2 Model Terhad:  Takumi, Skyline Editions, Masuk AS Dulu

2 Model Terhad: Takumi, Skyline Editions, Masuk AS Dulu

Pengeluar kereta Jepun Nissan, melancarkan dua model terbaharunya, Takumi dan Skyline Editions, baru-baru ini.

19-03-2024
Global
Nissan GT-R R35 Dihidupkan Kembali – Gaya Retro R34, 1000 HP, Badan Karbon Penuh!

Nissan GT-R R35 Dihidupkan Kembali – Gaya Retro R34, 1000 HP, Badan Karbon Penuh!

Artisan Vehicle Design telah membina Nissan GT-R khas yang diinspirasikan daripada beberapa model GT-R lama. Ini hasilnya...

21-12-2023
EV
Nissan Dedah Projek Prototaip GT-R R32 Versi EV

Nissan Dedah Projek Prototaip GT-R R32 Versi EV

Nissan Japan melalui Twitter rasminya telah berkongsi satu video acah pendek yang menunjukkan sebuah projek prototaip EV menggunakan Skyline GT-R R32.

30-03-2023
EV
Pengganti Nissan GT-R Berkuasa Elektrik & Hibrid? Ini Kata CEO Nismo...

Pengganti Nissan GT-R Berkuasa Elektrik & Hibrid? Ini Kata CEO Nismo...

Khabarnya Nissan akan melancarkan kereta sport versi elektrik sebelum penghujung dekad ini.

06-12-2022
Berita Auto
Nissan GT-R 2023 Dilancarkan Di AS Dengan Harga Dari RM500K

Nissan GT-R 2023 Dilancarkan Di AS Dengan Harga Dari RM500K

Nissan GT-R yang sebelum ini dikhabarkan berkemungkinan telah ‘mati’ kerana ketiadaan keluaran baharu pada tahun 2022 kini sudah mula ditawarkan di AS.

31-10-2022
Berita Auto
GTR Eksiden Sampai Remuk Tapi Pemiliknya Lari Naik Kereta Lain, Dah Kenapa?

GTR Eksiden Sampai Remuk Tapi Pemiliknya Lari Naik Kereta Lain, Dah Kenapa?

Seorang pemandu Nissan GTR bertindak melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan.

06-05-2021

Berita Terkini

Global
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Global
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.

25-11-2026
Global
Panggil Balik  Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.