Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Bayangkan, pandu kereta mewah bernilai jutaan ringgit tapi tak mampu bayar cukai jalan!
Itu antara yang dibongkar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas menahan 53 kenderaan pelbagai jenama dalam Ops Luxury 2.0 yang dijalankan di sekitar Lembah Klang sejak 30 Julai hingga hari ini lalu.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, hasil operasi itu mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
"Dalam tempoh tiga hari operasi ini, pelbagai kesalahan direkodkan termasuk Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tidak sah, pamer nombor pendaftaran belum didaftarkan serta kesalahan teknikal lain.
“Semua kenderaan terbabit disita dan dihantar ke depoh simpanan JPJ untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan berkaitan,” katanya pada sidang akhbar di JPJ Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Antara kenderaan mewah yang ditahan ialah Rolls Royce, Lamborghini, Aston Martin dan beberapa model mewah lain dengan nilai keseluruhan mencecah jutaan ringgit.
JPJ turut mengesan sebuah Mercedes yang tidak memperbaharui cukai jalan sejak 2022.
Berdasarkan tinjauan, antara alasan yang diberikan pemilik adalah ‘lupa’ memperbaharui cukai jalan dan insurans, namun beliau menegaskan ia tidak boleh diterima.

“Bayangkan warga asing memandu kenderaan mewah di Malaysia tanpa lesen sah, cukai jalan dan insurans. Lebih membimbangkan, ada yang menggunakan lesen memandu antarabangsa palsu dibeli pada harga RM5,000 di Dubai,” jelasnya.
Beliau berkata, operasi ini turut memberi fokus kepada warga asing yang memandu kenderaan mewah, sama ada milik syarikat, disewa atau dipinjam, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.
Tambahnya, JPJ juga sudah mengenal pasti lokasi dan pemilik kenderaan mewah tanpa cukai jalan dan insurans di seluruh negara.
“Ini peringatan tegas kepada semua pemilik kenderaan, terutama kenderaan mewah. Pastikan cukai jalan dan insurans sentiasa diperbaharui kerana kami tidak akan berkompromi.” katanya.
Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang boleh membuat aduan melalui aplikasi myJPJ atau e-mel [email protected]
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur
Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.
17-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok
JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.
11-08-2026
JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat
12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!
10-08-2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat