SUV Elektrik: Khabar Angin Suzuki eVitara Bakal Dilancar Semakin Kencang

Nampaknya Suzuki Fronx yang kompak bukanlah satu-satunya model baharu daripada Suzuki yang bakal membuat penampilan sulung di Malaysia, kerana Suzuki Cars Malaysia baru sahaja memuat naik tentang Suzuki eVitara di saluran media sosial rasminya.
Berdasarkan laman Facebook rasminya, hantaran mengenai eVitara disertakan dengan kapsyen yang berbunyi, “Adakah kita akan dapat melihat keindahan ini di jalan raya atau laluan off-road Malaysia dalam masa terdekat? Hanya masa yang akan menentukannya!


Walaupun ia bukanlah teaser secara langsung, namun kapsyen yang tertera itu sudah cukup membuktikan ia merupakan pengeluaran pertama EV Suzuki ke pasaran tempatan. Bagi yang belum mengenali eVitara, SUV EV subkompak ini pada asasnya adalah versi Suzuki kepada Toyota Urban Cruiser, walaupun ia dilancarkan lebih awal berbanding kembar jenama Toyota itu.

Dari segi dimensi, eVitara berukuran 4,275 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,635 mm tinggi, dengan jarak roda 2,700 mm sekali gus menjadikannya setara dengan SUV EV segmen-B lain di pasaran kita, termasuk BYD Atto 2 dan MG S5 EV, antara lain.


Berbeza dengan Jimny, eVitara baharu ini menerima rekaan kabin yang lebih moden, lengkap dengan pelbagai kemudahan teknologi dan keselesaan pemanduan.
Ia hadir dengan skrin infotainmen tengah 10.1 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci yang lebih besar, konsol tengah terapung dengan pemilih gear jenis dail serta tempat letak cawan, kerusi pemandu berkuasa elektrik, dan banyak lagi.
Dari segi rangkaian kuasa, eVitara ditawarkan dalam dua varian: motor tunggal FWD dengan kuasa 144 PS dan 189 Nm, serta dwi-motor AWD dengan kuasa lebih tinggi iaitu 184 PS dan 300 Nm.
Ia hadir dengan dua pilihan iaitu 49-kWh khas untuk varian FWD dan 61-kWh untuk kedua-dua FWD dan AWD, yang mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 500 km.

Apa pula pendapat anda mengenai Suzuki eVitara? Mampukah SUV EV segmen-B ini menjadi langkah elektrifikasi baharu untuk Suzuki Cars Malaysia, dan bagaimana pula ia akan bersaing dengan pencabar dari China yang lebih mampu milik?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge