Tempahan Lotus Emeya 2026 Kini Dibuka – Capai 610 KM, Dari RM459K



Lotus Cars Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan untuk model Lotus Emeya yang telah dikemaskini bagi tahun 2026, sebuah kereta sport elektrik dalam kelas ‘hyper-GT’ berasaskan platform Geely EPA. Model terbaru ini hadir dalam lima varian yang terdiri daripada dua siri berbeza iaitu 600 dan 900 yang menandakan tahap kuasa kuda (hp) masing-masing.


-full.jpg)
Walaupun mempunyai hamburan kuasa yang berbeza, kesemuanya menggunakan konfigurasi dua motor pacuan semua roda (AWD) dengan bateri berkapasiti tinggi, 102 kWj dan teknologi elektrik 800 volt, membolehkan pengecasan AC 22 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 420 kW.
Lotus Emeya 600

Lotus Emeya siri 600 terdiri daripada tiga varian iaitu model asas 600, 600 GT SE dan 600 GT Sport SE. Dalam aspek angka, versi 600 ini boleh mencapai kuasa 603 hp/710 Nm, membolehkan kereta membuat pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 4.15 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik pada 250 km/j. Setiap varian mampu menawarkan jarak perjalanan maksimum sehingga 610 km (WLTP).
Dalam asepek kelengkapan, walaupun versi asas, Emeya 600 tidak kekurangan dari segi teknologi kerana masih sarat dengan pelbagai ciri menarik seperti suspensi udara aktif dan kawalan redaman berterusan (CDC), pengagihan tork brek, lampu depan LED matriks dan rim 20 inci.
Kabinnya pula dilengkapi dengan sistem audio premium KEF 15 pembesar suara, skrin sentuh infotainmen 29 inci bersaiz besar dan kawalan iklim empat zon kawalan automatik.
Varian 600 GT SE hadir dengan ciri tambahan seperti bantuan parkir autonomi dan jarak jauh, brek kaliper 6 piston lebih besar, bumbung kaca pintar, bukaan but belakang automatik, lampu ambien kabin yang boleh diubah dan rim aloi 21 inci.
Sementara itu, 600 GT Sport SE datang dengan pakej Lotus Dynamic penuh termasuk bar anti-olengan aktif, stereng belakang aktif (RWS), aero aktif (spoiler belakang, diffuser dan air dam), tempat duduk hadapan dengan fungsi urusan dan pengudaraan serta pintu jenis tutupan lembut (soft-close).






Selain angka prestasi berbeza, kelengkapan yang diberikan juga berbeza mengikut varian. Antara ciri menarik termasuk aero aktif, Lotus Dynamic Pack, sistem audio premium KEF dengan 15 pembesar suara, dan banyak lagi.
Lotus Emeya 900
Lotus Emeya siri 900 pula hadir dalam dua varian iaitu 900 Sport dan 900 Sport Carbon, yang menjanjikan prestasi lebih tinggi dengan kuasa 905 hp dan tork 985 Nm. Ini membolehkan jentera memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 2.78 saat dan kelajuan maksimum 256 km/j. Namun, jarak perjalanan dengan satu cas penuh bagi model ini adalah lebih rendah iaitu 485 km (WLTP) berbanding siri 600.

Tempahan kini dibuka di dalam negara dengan harga bermula dari RM459,000 dan ke atas. Lotus Cars Malaysia juga mendedahkan bahawa penghantaran akan bermula pada September nanti.
Versi 900 Sport menggunakan sistem transmisi dua kelajuan dan teknologi pengendalian canggih serta Lotus Dynamic Pack yang menjadikan pemanduan lebih stabil dan responsif. Selain itu, ia dipasangkan dengan spoiler belakang aktif yang membantu meningkatkan kestabilan. Di ruang kabin, varian ini hadir dengan upholsteri fabrik LotusWear bertemakan Quartz.
Varian tertinggi 900 Sport Carbon tampil lebih sporty dengan panel gentian karbon yang ringan untuk bukan sahaja bahagian luar tetapi juga kabin, serta dilengkapi dengan pakej aero penuh dan tempat duduk dengan fungsi urutan serta pengudaraan seperti pada 600 GT Sport SE.
Harga Jualan
Lotus Emeya 600 dijual pada harga RM459,000, diikuti 600 GT SE pada RM519,000 dan 600 GT Sport SE pada RM599,000. Varian 900 Sport pula berharga RM699,000, manakala 900 Sport Carbon dijual pada RM729,000.
Semua varian model 2026 ini kini boleh ditempah di bilik pameran Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Pavilion Damansara Heights dan Pulau Pinang. Penghantaran kenderaan dijangka bermula seawal bulan September depan.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
