Volkswagen Umum Henti Pengeluaran Touareg, Tiada Pengganti

Volkswagen merancang untuk menghentikan pengeluaran SUV Touareg, tanpa pengganti buat masa ini.
Volkswagen akan menamatkan pengeluaran SUV premium bersaiz sederhana, Touareg, menjelang tahun 2026 selepas lebih dua dekad berada di pasaran. Model yang sering disebut sebagai "Cayenne untuk rakyat marhaen" atau poor man’s Cayenne kerana berkongsi asas dengan Porsche, kini dikhabarkan bakal ‘bersara’ tanpa pengganti.
Tayron ‘Ambil Alih Peranan’ Touareg


Walaupun tiada perancangan model pengganti langsung Touareg (kiri) buat masa ini, ada laporan menyatakan bahawa SUV ini akan digantikan secara tidak langsung oleh VW Tayron (kanan).
Portal automotif Autocar UK melaporkan, keputusan menghentikan pengeluaran model Touareg adalah sebahagian daripada perubahan strategi Volkswagen yang kini tertumpu kepada model yang lebih sesuai dengan kehendak pasaran semasa. Tayron, yang sudah berada di pasaran beberapa negara termasuk China dan Amerika Utara, dianggap sebagai pengganti tidak langsung kepada Touareg dengan harga yang lebih kompetitif.
Tayron pada dasarnya ialah model versi lebih panjang daripada Tiguan, dan alternatif lebih murah berbanding Touareg, didatangkan dalam konfigurasi tempat duduk dua dan tiga baris, dikuasakan enjin 2.0 liter 4 silinder TSI dengan sistem pacuan semua roda 4Motion serta kapasiti tundaan sehingga 2,500 kg.
Sejarah Platform Touareg


VW Touareg generasi pertama (kiri) mempunyai banyak persamaan dengan Porsche Cayenne pertama (kanan).
Touareg mula diperkenalkan pada tahun 2002 dan dibangunkan bersama-sama dengan Porsche Cayenne generasi pertama. Ketiga-tiga model iaitu Touareg, Porsche Cayenne dan Audi Q7 menggunakan platform asas yang sama, iaitu PL71, serta barisan enjin yang serupa daripada Volkswagen Group. Dengan kata lain, ketiga-tiga kenderaan tersebut boleh dianggap sebagai “adik-beradik” kerana berkongsi banyak komponen utama walaupun daripada jenama berbeza.
Model Touareg yang pertama direka dengan dua matlamat penting iaitu untuk menyediakan platform bagi Porsche menghasilkan SUV pertama mereka dan juga untuk mengangkat status jenama Volkswagen ke segmen premium, yang merupakan visi bekas pengerusi Ferdinand Piëch.
Touareg di Malaysia



Selain dipasang di kilang Volkswagen di Slovakia, Touareg juga dipasang secara tempatan (CKD) di kilang HICOM di Pekan, Pahang bersama-sama dengan kembarnya, Audi Q7. Menjadikan Malaysia pasaran pertama di luar Eropah yang membuat pemasangan kedua-dua SUV ini.

Crossover elektrik Volkswagen ID.5
Selain Touareg, Volkswagen turut mempertimbangkan untuk menghentikan model ID.5, crossover bergaya coupe yang kurang diminati jika dibandingkan dengan model kembarnya yang lebih praktikal, VW ID.4. Perkara ini dijangka akan berlaku pada tahun 2027.


VW ID.Buzz (kiri) & VW Touran (kanan)
Volkswagen juga mungkin membatalkan pembangunan versi lebih kecil bagi MPV elektrik ID.Buzz, yang dirancang menggantikan MPV kompak Touran, atas kekangan sumber pembangunan di pusat R&D VW di Braunschweig, Jerman. Fokus kini adalah terhadap model-model penting lain seperti Golf elektrik generasi baharu.
Baca: VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K
Sumber: Autocar UK

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge