Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini

MPV flagship Xpeng, X9, yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV), kini dikhabarkan bakal muncul dengan versi trenkuasa baharu iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV). Maklumat mengenai varian ini didedahkan melalui dokumen Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT) China. Pelancaran rasmi dijangka berlangsung pada suku keempat tahun ini di China.
Sistem Kunpeng Super Range Extender dengan Enjin Turbo

Varian EREV ini bakal dipacu oleh sistem Kunpeng Super Range Extender yang menggabungkan enjin 1.5 liter pengecas turbo menghasilkan kuasa 110 kW (148 hp), dan dipasang bersama bateri LFP oleh CALB-Tech. Walaupun kapasiti bateri dan spesifikasi lain masih dirahsiakan, tanda "450" pada model ujian yang didedahkan dipercayai menunjukkan jarak perjalanan elektrik penuhnya iaitu sekitar 450 km sebelum enjin petrol memulakan fungsi sebagai penjana kuasa tambahan.
Lebih Besar Berbanding Versi BEV


Dari segi ukuran, X9 EREV memiliki panjang 5,316 mm dengan jarak roda 3,160 mm, lebar 1,988 mm dan tinggi 1,785 mm. Ini bermakna ia lebih panjang berbanding versi BEV yang berkepanjangan 5,293 mm, manakala lebar, tinggi dan jarak roda adalah sama. Berat kenderaan pula sekitar 2,750 kg.
Ujian Di Lebih 20 Negara, Jarak Lebih 20 Juta Kilometer


Xpeng berkongsi bahawa lebih 1,000 unit prototaip EREV telah diuji di 20 negara dan 330 bandar di seluruh dunia, dengan jarak ujian melebihi 20 juta kilometer sepanjang 800 hari. Ini menggambarkan komitmen mereka dalam memastikan kenderaan ini berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.
Xpeng X9 Di Malaysia
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)




Di Malaysia, Xpeng X9 telah dilancarkan awal tahun ini dengan tiga pilihan varian iaitu Standard Range 2WD Pro (RM269,888), Long Range 2WD Pro (RM287,888) serta varian tertinggi Long Range 2WD Pro Plus (RM299,888). Model ini menawarkan jarak perjalanan elektrik antara 500 hingga 590 kilometer bergantung kapasiti bateri antara 84.5 kWj hingga 101.5 kWj, dengan pilihan pacuan roda depan (FWD) dan semua roda (AWD).
Peluang X9 EREV Masuk Pasaran Malaysia Tahun Depan
Dengan ketidakpastian berkenaan lanjutan pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) oleh kerajaan Malaysia, banyak jenama mungkin terpaksa beralih kepada model hibrid dan EREV untuk kekal bersaing pada tahun 2026 nanti, oleh itu tidak mustahil Xpeng X9 EREV akan tiba di pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat.
Xpeng juga mempunyai rekod menghasilkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) serentak dengan versi pemanduan sebelah kiri (LHD) mereka, seperti yang dilaksanakan untuk model G6 dan X9 BEV sekarang. Nantikan perkembangan yang akan kami kongsikan dari masa ke masa.
Sumber: CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.
12-11-2025
Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025
Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.
04-11-2025
Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan
Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.
31-10-2025
Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City
Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,
26-10-2025
MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM
Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.
24-10-2025
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge