6 Stesen MRT Laluan Putrajaya Ditutup, Untuk Kerja Baik Pulih

Enam stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya ditutup sementara bagi membolehkan kerja baik pulih susulan gangguan bekalan kuasa yang berlaku jam 5.54 pagi tadi.
Rapid Rail Sdn Bhd berkata stesen terbabit ialah Stesen Taman Equine; Stesen Putra Permai; Stesen 16 Sierra; Stesen Cyberjaya Utara; Stesen Cyberjaya City Centre dan Stesen Putrajaya Sentral.
"Gangguan itu menjejaskan beberapa kemudahan utama di stesen-stesen terbabit termasuk lampu, lif, eskalator, pintu masuk dan pam tandas.
"Stesen-stesen lain di laluan Putrajaya beroperasi seperti biasa, manakala bagi stesen-stesen yang ditutup sementara, perkhidmatan bas perantara tanpa henti dan ulang-alik percuma disediakan membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing seperti tren dari Stesen Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen UPM.
"Selain itu, bas perantara tanpa henti disediakan di antara Stesen UPM dan Stesen Putrajaya Sentral; bas perantara ulang-alik antara Stesen UPM dan Stesen Putrajaya Sentral," katanya.
Menurut kenyataan itu, kekerapan bas adalah setiap 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.
"Penumpang yang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 melalui Stesen Putrajaya Sentral dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan disarankan menggunakan pengangkutan alternatif bagi mengelakkan kelewatan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kabel Kena Rembat: MRT Laluan Putrajaya Sedang Dibaiki!
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya yang dilaporkan mengalami gangguan bekalan kuasa susulan kecurian kabel, dijangka dipulihkan secara berperingkat dalam tempoh tiga hari.
04-03-2026
Ada Berita Baik Buat Pengguna Wanita MRT!
Pelaksanaan koc wanita untuk MRT laluan Putrajaya.
09-04-2024
Bas Perantara MRT Laluan Putrajaya Bakal Disediakan – Ini Tarikh Bermula...
Rapid KL telah mengumumkan pelancaran bas perantara MRT antara Sg Buloh dan MRT Laluan Putrajaya.
06-12-2023
Jangan Risau Naik Perkhidmatan Rapid KL sempena Hari Merdeka
Sempena Hari Merdeka, Rapid Kl melanjutkan operasi perkhidmatan mereka.
23-08-2023
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat