- Berita
- Berita Auto
- Alat Penukar Nombor Plat Dijual Secara Online,Jangan Guna, Boleh Dipenjara 1 Tahun Atau Denda RM5,000
Alat Penukar Nombor Plat Dijual Secara Online,Jangan Guna, Boleh Dipenjara 1 Tahun Atau Denda RM5,000

Muncul pula satu alat canggih yang mampu menyamarkan nombor pendaftaran kenderaan hanya dengan satu sentuhan butang. Ia kini dijual secara terbuka di beberapa laman dagang dalam talian
Peranti yang dikenali sebagai penukar nombor pendaftaran atau number plate flipper itu membolehkan pemandu menukar atau menutup nombor asal kereta mereka melalui alat kawalan jauh.

Tinjauan mendapati ada laman dagang popular menawarkan peranti ini pada harga antara RM164 hingga RM189. Beberapa pengguna sudah pun membeli alat itu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, menegaskan penggunaan alat itu adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan.
“Adalah satu kesalahan memaparkan nombor selain yang diluluskan atau mempamerkan nombor secara mengelirukan serta palsu di bawah Seksyen 108 akta berkenaan,” katanya lapor The Star.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
“Kenderaan yang dikesan menggunakan alat ini akan disita serta-merta, manakala pemiliknya akan dikenakan tindakan mahkamah. Polis juga akan melaksanakan operasi khas bagi mengesan kenderaan yang dipasang peranti ini,” ujarnya.
Beliau turut memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Digital berhubung penjualan peranti berkenaan di pasaran dalam talian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman
Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.
02-01-2026
PDRM Tawar Diskaun Saman 70%, Pesalah Trafik Rasa Insaf Bila Bayar Saman Bawa Laju!
Bayarlah saman PDRM selagi ditawarkan diskaun 70% sehingga Disember ini.
05-11-2025
Angka Kematian Turun, Hanya 89 Kematian Direkod
Angka kematian itu menurun sepanjang Op Lancar sempena Deepavali yang diadakan selama lima hari, bermula 17 Oktober lalu.
24-10-2025
Jalan Di Sekitar Sepang Dilencong Sempena GP Malaysia
Pihak polis akan melaksanakan lencongan trafik di Sepang sempena penganjuran Petronas Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 24 hingga 26 Oktober ini.
22-10-2025
Himpunan RXZ Members 7.0: 5 Maut Akibat Kemalangan
JSPT Bukit Aman mengesahkan lima kematian direkodkan akibat kemalangan ekoran himpunan RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu, pada Sabtu lalu.
26-08-2025
Diharamkan: Penunggang Basikal Dilarang Guna Lebuh Raya, Tetapi Ada Sebabnya
Individu yang bersalah boleh didenda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan.
11-07-2025
Aidiladha: 17 Maut, Nahas Jalan Raya Melonjak
Kira-kira 17 kematian daripada 1,413 kes kemalangan di rekodkan di seluruh negara pada hari kedua Aidiladha semalam.
09-06-2025
Singapura Paling Banyak Tak Bayar Saman Trafik Sejak 2022!
Pemandu dari Singapura paling culas bayar saman trafik.
04-03-2025
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat