ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(21).jpg


Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri dengan tulisan “1 + 2 + 3 - that’s a 6” atau “1 + 2 + 3 - itu adalah 6” di media sosial rasminya. 


Tiada unsur haiwan digunakan dalam teaser kali ini seperti yang dibuat untuk model Atto 2 atau Seal sebelum ini, sebaliknya yang terpapar hanyalah angka 6 yang dipercayai merujuk kepada SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaru jenama itu, BYD Sealion 6 DM-i.


Baca: BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?


Ideal Untuk Pasaran Malaysia


BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(23).jpg


Permintaan terhadap model SUV yang terus memuncak di Malaysia dipercayai menjadi pendorong kepada BYD untuk menawarkan model Sealion 6 DM-i sebagai model yang ideal kepada orang ramai yang masih belum bersedia untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.


Spesifikasi PHEV Yang Menarik


BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(24).jpg


Sekiranya spesifikasi model ini sama seperti versi yang dilancarkan di Singapura, Sealion 6 DM-i dibekalkan enjin petrol 1.5 liter Xiaoyun berserta motor elektrik PHEV yang memacu roda hadapan. Gabungan kedua-dua sistem ini menghasilkan kuasa sehingga 291 hp (217 kW) dan tork 300 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat dengan kelajuan maksimum 170 km/j.


Model ini menggunakan bateri ‘Blade’ LFP 18.3 kWj dengan jarak perjalanan EV mencecah sehingga 80 km berdasarkan penarafan WLTP. Dilengkapi tangki petrol 60 liter, jangkaan jarak pemanduan keseluruhan boleh mencapai sehingga 1,100 km, dengan penggunaan bahan api 5.7 liter bagi setiap 100 km dan penggunaan tenaga hibrid 18.8 kWj setiap 100 km.


Bateri boleh dicas dengan pengecas AC 7 kW atau DC 18 kW, agak perlahan berbanding pesaing. Kelebihan unik Sealion 6 DM-i ialah fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkannya membekalkan kuasa kepada peranti elektronik lain, sesuai untuk kegunaan kecemasan, perkhemahan dan perjalanan jauh.


Rekaan BYD Sealion 6 DM-i


BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(3).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(9).jpg

BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(10).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(2).jpg


Dari segi ukuran, model ini berkepanjangan 4,775 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,670 mm dengan jarak roda 2,765 mm, menempatkannya dalam kategori SUV segmen D, lebih kecil daripada model elektrik penuh, Sealion 07.


BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(25).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(28).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(27).jpg


Kabinnya diberikan kemasan kulit vegan, dengan tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada tujuh arah dan penumpang depan empat arah. Sistem infotainmen yang digunakan adalah jenis skrin sentuh berukuran 15.6 inci yang boleh diputarkan sama ada dalam kedudukan potret/landskap dan kluster instrumen digital 12.3 inci, bersama sistem audio Infinity dengan 10 speaker. 


BYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(17).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(16).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(15).jpgBYD-Sealion-6-DM-i-Caricarz-(13).jpg


Sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto boleh dibuat tanpa wayar. Ciri menarik lain ialah dua pengecas tanpa wayar dan sistem pengemaskinian perisian Over-The-Air (OTA).


Sistem Keselamatan ADAS Komprehensif 


Dalam aspek keselamatan, Sealion 6 DM-i tidak ketinggalan dengan teknologi bantuan pemandu canggih (ADAS) yang merangkumi kawalan pelayaran adaptif, brek kecemasan automatik, pencegahan keluar lorong, pengesanan titik buta, amaran lintasan trafik belakang dengan brek, kamera 360 darjah serta sensor ultrasonik, ciri yang biasanya ditawarkan dalam model premium BYD. 

Dapatkah BYD Sealion 6 DM-i menarik minat rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dalam pasaran model SUV PHEV yang sengit di negara ini? Segalanya akan terjawab sebaik BYD Malaysia melancarkan model ini secara rasmi pada masa akan datang.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

09-01-2025
Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

18-08-2022
Kereta Baru

26-01-2026
Berita Auto

14-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Berita Auto

12-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.