ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cuti 4 Hari Tamat, Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota Sebab Esok Kerja!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kebanyakan golongan ibu bapa yang sudah mula bekerja semula mulai esok, menyebabkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan sejak petang tadi.

Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), keadaan trafik perlahan dilaporkan arah utara dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh ke Simpang Ampat serta dari Pedas Linggi ke Port Dickson.

Keadaan sama juga berlaku arah selatan dari Sungai Petani utara ke Sungai Petani selatan.

PLUS Trafik dalam kemas kini pada awal petang turut memaklumkan aliran perlahan di beberapa laluan lain termasuk dari Jasin ke Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Hentian Senawang ke Port Dickson serta selepas Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar.

Di laluan arah barat, kesesakan berlaku dari Kilometer 67.4 hingga Kilometer 59.5 (Bentong-Lentang), Kilometer 55.9 hingga Kilometer 54.4 (Lentang), Kilometer 40.6 hingga Kilometer 38.0 (Bukit Tinggi-Genting Sempah) serta Kilometer 25.7 hingga Plaza Tol Gombak.

Laluan arah timur di LPT1 turut mencatatkan kesesakan sejauh kira-kira 1.1 kilometer dari Kilometer 78.4 hingga Plaza Tol Karak.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan membuat semakan status aliran trafik terkini di lebuh raya melalui saluran media sosial rasmi pengendali lebuh raya iaitu PLUS Malaysia di akaun X @plustrafik, AFA PRIME Berhad bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di akaun X @LPTTrafik, serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di akaun X @llmtrafik.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2026
Berita Auto

19-04-2023
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

28-11-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.