GAC EMKOO Terima Penarafan ‘5-Bintang’ ASEAN NCAP

GAC Emkoo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dilaporkan menerima penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP, baru-baru ini.
SUV segmen-C pemasangan tempatan (CKD) ini berjaya meraih skor keseluruhan tinggi 84.96 mata di bawah protokol ASEAN NCAP 2021-2025, sekali gus meningkatkan keyakinan pembeli.


Antara skor terbaik yang dicatat ialah 30.30 daripada 32 mata dalam ujian perlindungan penumpang dewasa (AOP).
Selain itu, ia turut memperoleh 44.17 daripada 51 mata dalam ujian perlindungan penumpang kanak-kanak (COP). Pencapaian ini menegaskan lagi kedudukan GAC Emkoo sebagai pilihan mesra keluarga, kerana ia hadir dengan enam beg udara, ABS dan ESC sebagai kelengkapan standard.

Selain itu, Emkoo turut cemerlang dalam penilaian sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dengan skor 19.50 daripada 21 mata di bawah kategori Safety Assistance (SA).
Varian tertinggi model ini dilengkapi dengan ciri seperti Brek Kecemasan Autonomi, Pelanggaran Hadapan, Amaran Keluar Lorong, Bantuan Kekal Lorong dan banyak lagi.
SUV ini pertama kali diperlihatkan pada Februari 2024, sebelum WTC Automotif Sdn Bhd (WTCA) memulakan pemasangan tempatan di kilang TCMA Segambut pada Jun lalu.
Selepas itu ia ditayangkan semula pada Julai lalu dan kemudian diikuti dengan tempahan dibuka dimana model ini dikatakan akan dijual sekitar RM120,000.

WTCA pada asalnya merancang untuk melancarkan GAC Emkoo secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.
Difahamkan, pasaran tempatan akan menerima dua varian dimana kedua-dua varian menggunakan enjin petrol 1.5L 4-silinder turbo bersama transmisi automatik 7-kelajuan DCT.
Enjinnya dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 177 PS dan 270 Nm, menjadikannya antara yang paling bertenaga dalam segmennya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8025
SELANGOR
BSU3956
JOHOR
JF6536J
PULAU PINANG
PSG4096
PERAK
APM2245
PAHANG
CFJ1046
KEDAH
KGJ4573
NEGERI SEMBILAN
NEM2719
KOTA KINABALU
SJU5389
KUCHING
QAB7493P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge