Imej Teaser smart #2 Didedahkan – EV Mini Dua Pintu Ini Pengganti smart Fortwo

Bayangan smart #2 yang bakal ditawarkan di pasaran tidak lama lagi. Model ini dilihat sebagai pengganti kepada EV kompak, smart Fortwo.
smart Automobile yang kini diuruskan bersama oleh Geely dan Mercedes-Benz, sedang bersiap sedia untuk menghidupkan kembali model elektrik kecil dua pintu, Fortwo, yang pernah ditawarkan di pasaran sebelum ini. Teaser model yang bakal muncul dengan nama smart #2 itu telah pun didedahkan yang menunjukkan bayang-bayang sebuah jentera kompak.



Imej teaser smart #2
Imej teaser tersebut menunjukkan ‘kecomelan’ saiz model tersebut, menambahkan lagi keyakinan bahawa model akan datang itu tak lain tak bukan adalah pengganti Fortwo. Untuk makluman, versi terdahulu, smart Fortwo EQ generasi ketiga yang dihentikan pengeluarannya tahun lalu berukuran panjang 2,695 mm, lebar 1,663 mm, tinggi 1,555 mm dengan jarak roda 1,873 mm.

smart Fortwo (dan Forfour) generasi ketiga (dan terakhir) ditamatkan pengeluarannya tahun lalu.
Berdasarkan imej teaser yang didedahkan, smart #2 dijangka akan muncul dalam ukuran yang tidak jauh berbeza, menjadikannya sesuai untuk kegunaan bandar. Seperti model #1, #3 dan #5, rekaannya juga akan dihasilkan oleh Mercedes-Benz.
Spesifikasi teknologi yang bakal diketengahkan dalam model ini belum didedahkan, tetapi yang pasti ia akan muncul dengan trenkuasa elektrik (EV) seperti model smart lain. Untuk makluman, model terdahulu, Fortwo EQ menggunakan bateri berkapasiti 17.6 kWj dengan jarak pemanduan sekitar 159 km.

smart #2 dijangka akan menggunakan platform GEA yang sama dengan Proton e.MAS 5 (Geely Xingyuan).
Selain itu, terdapat spekulasi bahawa model smart #2 ini bakal menggunakan platform Global Electric Architecture (GEA), yang turut digunakan pada model elektrik kompak China, Geely Xingyuan atau Proton e.MAS 5 yang bakal dilancarkan di Malaysia.
CEO Smart Europe GmbH, Dirk Adelmann, pernah mendedahkan bahawa syarikat sedang membangunkan platform baharu khusus untuk model ini. Namun, pembiayaan projek pembangunan platform tersebut memerlukan kehadiran rakan kongsi.



Fortwo EQ menawarkan jarak pemanduan sekitar 159 km yang dibekalkan oleh bateri berkapasiti 17.6 kWj.
"Pasaran untuk kereta jenis bandar di Eropah agak kecil. Rekod jualan terbaik Fortwo adalah kira-kira 100,000 unit sahaja, dan ini tidak memadai untuk membangunkan platform baru,” kata Adelmann dalam temu bual bersama Autocar UK.
Tambah Adelmann, perkongsian platform dengan rakan kongsi membolehkan kos pelaburan dan pengeluaran dibahagikan, sekali gus memudahkan usaha pembangunan.

Walaupun smart Fortwo generasi ketiga ditawarkan dalam versi enjin pembakaran (ICE), smart #2 dijangka hanya akan ditawarkan dalam versi trenkuasa elektrik sahaja.
Tarikh pelancaran rasmi Smart #2 belum diumumkan, namun portal automotif Eropah melaporkan bahawa model ini dijangka akan memasuki pasaran pada penghujung tahun 2026.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge