Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

PROTON memperkenalkan Kempen Servis Ihsan MADANI, sebuah inisiatif yang bertujuan meringankan kos pemilikan kenderaan serta menggalakkan amalan pemanduan lebih selamat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Kempen ini berlangsung dari 11 September hingga 11 November 2025 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah program Malaysia MADANI, menunjukkan kesungguhan PROTON dalam menjaga kepentingan dan keperluan pelanggan.

Menerusi kempen ini, pemilik model Proton PIES iaitu Persona, Iriz, Exora dan Saga boleh menikmati pakej servis asas pada harga promosi tetap RM145.00 bagi Pakej Semi-Sintetik dan RM198.00 bagi Pakej Sintetik Penuh selain berpeluang menikmati penjimatan sehingga 30%.
Selain itu, pelanggan juga akan menerima pemeriksaan keselamatan 40 poin secara PERCUMA di semua pusat servis sah PROTON, meliputi komponen penting seperti brek, bateri, pengelap cermin dan pelbagai semakan kritikal lain yang direka supaya kenderaan sentiasa dalam keadaan terbaik dan pemandu lebih yakin ketika memandu.
Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Ainol Azmil Abu Bakar berkata, “Kempen Servis Ihsan MADANI mencerminkan usaha PROTON untuk memudahkan pemilikan kenderaan dan memberi ketenangan kepada rakyat Malaysia.

"Dengan menyokong aspirasi program Malaysia MADANI, PROTON bukan sahaja menawarkan servis yang lebih mampu milik, malah turut menitikberatkan aspek keselamatan dan tanggungjawab di jalan raya.
"Inisiatif ini membuktikan komitmen PROTON dalam menjaga kepentingan pelanggan sambil menyokong pembangunan mobiliti negara," katanya.
Sementara itu, Pengarah Selepas Jualan Proton Edar, Wan Hazran Wan Mustafa turut menegaskan, “Kempen ini membolehkan pelanggan menikmati pakej servis yang lebih kompetitif berbanding bengkel dengan tambahan pemeriksaan keselamatan40 poin secara percuma.
"Ia adalah sebahagian daripada usaha PROTON untuk memberikan nilai tambah serta memastikan tahap kepuasan pelanggan sentiasa terpelihara," jelasnya.
Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.
Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu servis, boleh melayari www.proton.com atau hubungi pusat servis PROTON yang berdekatan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge