Lebuhraya Karakoram, Lebuhraya Paling Bahaya Di Dunia, Ini Sebabnya!

Pemandangan dari atas Lebuhraya Karakoram (Gambar dron Abdul Ahad Singhera).
Penulis berpeluang berkunjung ke Lembah Hunza yang terletak di banjaran Karakoram, Pakistan, kira-kira dua minggu lepas.
Percutian ini sebenarnya tiada dalam "wish list" namun disebabkan ia dikenali sebagai mini Switzerland, penulis tidak berfikir panjang dan terus menempah tiket penerbangan ke Islamabad, Pakistan.
Untuk ke Hunza, anda perlu menaiki sebuah lagi pesawat dari Islamabad ke Skardu, Gilgit−Baltistan, utara Pakistan yang cuma mengambil masa 45 minit untuk ke pekan kecil itu.
Dari Skardu, kami kemudian menaiki Land Cruiser Prado yang kemudian mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai ke Khunjerab Pass iaitu lintasan sempadan berturap tertinggi di dunia.

Kebanyakan pemandu pelancong dan penduduk tempatan di Lembah Hunza menggunakan Land Cruiser Prado untuk kegunaan harian.

Bercakap mengenai Land Cruiser Prado, ini pertama kali penulis menaiki Prado, SUV ini memang padu dan yang penting ia memang sesuai untuk kegunaan jalan raya jenis off-road. Maka tidak hairanlah, mengapa bandar Skardu dan kawasan pergunungan seperti Hunza dipenuhi SUV itu.

Land Cruiser Prado memang sesuai untuk kegunaan off-road.
Penggunaan SUV off-road seperti Prado sebenarnya banyak membantu ketika penulis bersama kakak dan rakan menakluki laluan paling epik di dunia, Lebuhraya Karakoram bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Jadoon Tours&Travel Shahir Yar Khan, 35.
Shahir (kanan) di ibu pejabat Pakistan Tourism Development Corporation di Islamabad, Pakistan.
Perjalanan kami mencabar namun berbaloi apabila dapat menyaksikan “Old Silk Road" yang pernah menjadi laluan untuk membawa kain sutera, rempah-ratus, emas, agama dan kebudayaan.
Melihat Laluan Old SilK Road di dalam buku Sejarah yang dahulunya meriah kini lenyap ditelan zaman.

.jpeg)
Gambar kiri (arah berwarna oren menunjukkan laluan Old Silk Road) manakala gambar kanan adalah gambar asli Laluan Old Silk Road.
Dari jauh, kami berpeluang melihat Old Silk Road berbentuk zig-zag yang terbentang di lereng gunung-ganang.
Ketika sedang menikmati pemandangan laluan Old Silk Road (Laluan Sutera), penulis terasa seolah-olah balik ke zaman dahulu sebab laluan ini sebenarnya sebahagian daripada Laluan Sutera tempat pedagang dulu keluar masuk bawa sutera, rempah, emas.
Jadi bila berada di sini, anda bukan sahaja disajikan dengan pemandangan unik tetapi umpam tidak sangka berada di kawasan yang cukup bersejarah dan popular di seluruh dunia.

Papan tanda dipasang di tepi Lebuhraya Karakoram.
Menurut Shahir, laluan Old Silk Road itu, pada mulanya hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki dan kuda.

Laluan sempit di "Old Silk Road".
"Sekitar tahun 1958-60, laluan itu kemudian dilebarkan dimana pada satu masa hanya 1 jip boleh melalui kawasan berkenaan. Namun selepas pembinaan Lebuhraya Karakoram, laluan itu sudah tidak digunakan lagi.

Jambatan kayu yang masih kekal di laluan Old Silk Road.
"Namun bagi mengekalkan tapak sejarah laluan itu, agensi Kebudayaan Aga Khan dengan pembiayaan Kedutaan Diraja Norway telah memulihkan beberapa bahagian jalan itu demi memulihara khazanah bersejarah," katanya kepada Carz.com ketika ditemui baru-baru ini.

Satu papan tanda dipasang berhampiran Lebuhraya Karakoram menunjukkan arah laluan Old Silk Road.
Sementara itu, beberapa gambar yang disimpan pemandu pelancong lain menunjukkan laluan Old Silk Road itu sebenarnya tidak berturap sebaliknya hanya berbatu dan hanya boleh dilalui sebuah kereta.
Sebaliknya, ada juga jambatan gantung yang diperbuat daripada kayu yang kelihatan sudah uzur dan bahaya untuk digunakan.
Dari jauh, kami hanya mampu melihat laluan "Old Silk Road" yang pernah popular satu masa dahulu, namun tetap tersimpan rapi dari sebarang pembangunan.
LEBUHRAYA KARAKORAM PALING BAHAYA DI DUNIA
-full.jpg)
Kami kemudian meneruskan perjalanan dengan menggunakan Lebuhraya Karakoram untuk ke Khunjerab Pass Border China-Pakistan.
Bagi yang tidak tahu, Lebuhraya Karakoram sebenarnya merupakan jalan raya paling berbahaya di dunia kerana apabila hujan lebat, kawasan pergunungan yang tidak stabil sentiasa terdedah kepada tanah runtuh dan runtuhan salji, serta ketinggiannya yang luar biasa, menimbulkan cabaran kepada pemandu.
Perubahan iklim memburukkan lagi masalah ini, dengan menyebabkan risiko banjir, hakisan, dan bongkah batu jatuh di atas jalan raya. Apabila keadaan itu berlaku, haluan terhalang kerana ia memakan masa untuk mengalihkan runtuhan tersebut.
Pendek kata, jika anda tidak menumpukan perhatian 100% pada jalan raya, kereta yang dipandu boleh menjunam ke dalam gaung yang menyebabkan ramai yang terbunuh.
Maka tidak hairanlah mengapa Lebuhraya Karakoram merekodkan kematian yang agak tinggi di laluan tersebut.
Antara risiko lain melalui jalan ini ialah ketulan batu yang jatuh bergolek dari atas, banjir, binatang ternakan berkeliaran dan juga pemandu tempatan yang memandu secara melulu.
Tambah Shahir biarpun Lebuhraya Karakoram dianggap antara jalan paling bahaya di dunia namun tiada sebarang lesen khas diperlukan untuk memandu di lebuhraya berkenaan.
"Penduduk mahupun pemandu pelancong menggunakan lesen biasa, tiada sebarang lesen khas diperlukan walaupun reka bentuk laluan ini cukup mencabar dan boleh meragut nyawa. Seperti mana orang Malaysia ke Cameron Highlands, begitulah juga dengan kami di sini.
"Biarpun ia disifatkan sebagai lebuhraya bahaya di dunia, namun lebuhraya ini sebenarnya cukup berbeza dengan lebuhraya di negara lain. Nama sahaja lebuhraya namun, tiada sebarang kemudahan untuk berehat termasuk, tandas, stesen minyak, lampu jalan . Hanya beberapa kawasan yang curam sahaja dipasang divider.

Hanya beberapa selekoh tajam sahaja dipasang divider di sepanjang Lebuhraya Karakoram.
"Malah, sepanjang Lebuhraya Karakoram, ada beberapa lokasi yang sempit kerana ia terletak betul-betul di tebing batu curam. Sedikit silap, kereta boleh masuk ke dalam gaung," katanya.
Namun atas sebab permukaan jalan raya yang mencabar, rata-rata pemandu di situ sudah arif dengan setiap belokan tajam di lereng bukit.

Untuk makluman, Lebuhraya Karakoram juga sering kali mengalami tanah runtuh, dan salah satu puncanya adalah kerana Sungai Indus yang mengalir deras di sepanjang jalan ini. Sungai ini terkenal dengan arusnya yang kuat, selain mampu menghakis tebing-tebing tinggi dan menyebabkan jalan runtuh dalam sekelip mata.
Biarpun, Lebuhraya terkenal dengan bahayanya namun ia tetap menjadi destinasi pilihan untuk pencinta alam. Pemandangannya dan bentuk gunung-ganangnya yang cukup luar biasa menjadikannya salah satu jalan paling epik di dunia.
Apapun lebuhraya Karakoram bukan lebuhraya biasa, ia menggamit lipatan sejarah dan keindahan semula jadi dalam satu perjalanan yang luar biasa.

Walaupun jalan raya sempit dan kadang kala hanya satu kereta sahaja boleh dilalui, namun penduduk tidak mempunyai pilihan lain kerana laluan sepanjang 1,300 kilometer itu adalah satu-satunya laluan darat yang menghubungkan Pakistan dengan China.
Laluan itu bermula dari Hasan Abdal di wilayah Punjab di Pakistan ke Pas Khunjerab di Gilgit-Baltistan, di mana ia melintasi China dan menjadi Lebuhraya Kebangsaan China 314. Lebuh raya ini menghubungkan wilayah Pakistan Punjab dan Khyber Pakhtunkhwa serta Gilgit-Baltistan dengan Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang di China.

Lebuh raya ini merupakan tarikan pelancong yang popular dan merupakan salah satu jalan berturap tertinggi di dunia, melalui banjaran gunung Karakoram.
Oleh kerana ketinggiannya yang tinggi dan keadaan yang sukar di mana ia dibina, ia sering dirujuk sebagai Keajaiban Dunia Kelapan.
Lebih menarik, pembinaan Lebuhraya Karakoram dimulakan pada tahun 1959 dan ia siap selepas 27 tahun pembinaan. Karakoram ialah kejayaan luar biasa dalam bidang kejuruteraan, menjangkau 1300 kilometer merentasi tiga banjaran gunung di Himalaya dan Hindukush.

Apapun, anda jangan bayangkan ia seperti lebuhraya di Malaysia dengan 4 lorong kerana masuk ke Lebuhraya Karokaram ini tiada sebarang plaza tol!
Ya, tiada pondok tol. Tahu-tahu sahaja dah masuk lebuhraya.

Apapun, perjalanan menggunakan Lebuhraya Karakoram mungkin merupakan pengalaman yang mencabar dari segi mental dan fizikal, dan anda perlu bersedia untuk pengalaman yang lebih primitif.

Selepas mengetahui perkara itu, penulis berasa tidak sia-sia memilih destinasi percutian kali ini ke Hunza kerana di sebalik keindahan gunung-ganangnya, ia menyimpan 1,001 cerita. Apa yang penting, penulis berkesempatan menelusuri Lebuhraya Karakoram yang juga merupakan lebuhraya tercantik di dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej Jadoon Tours&Travel , anda boleh hubungI RaniLoka Team di 016-2240860.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2420
SELANGOR
BSP108
JOHOR
JYU4311
PULAU PINANG
PSB2687
PERAK
APG4941
PAHANG
CFG1524
KEDAH
KGF1925
NEGERI SEMBILAN
NEJ9813
KOTA KINABALU
SJR2795
KUCHING
QAB5250N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Land Cruiser FJ Didedahkan – Model Kompak Sentuhan Ranggi & Retro
Toyota secara rasmi memperkenalkan model SUV 4x4 bersaiz kecil terbarunya, Land Cruiser FJ.
22-10-2025
Toyota Land Cruiser 250 Guna Enjin Diesel MHEV 48V Diperkenalkan Di Eropah
Toyota telah memperkenalkan varian baharu Land Cruiser Prado (250 Series) di pasaran Eropah, iaitu model Hibrid 48V yang menggunakan teknologi MHEV turbodiesel.
25-06-2025
Berita Terkini
Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas
Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.
26-03-2026
Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?
Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.
10-03-2026
Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf
Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.
09-03-2026
“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar
BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.
04-03-2026
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Jetour Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR Malaysia Club.
13-02-2026
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini
BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.
22-01-2026
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan
Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.
24-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat