ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lubang Benam: JKR Tutup Laluan KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perhatian buat pengguna Jalan Gua Musang!

Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini.

image.png

Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata jalan itu ditutup bermula hari ini kepada semua kenderaan sehingga diberitahu kelak.

Difahamkan, jalan terbabit ditutup akibat berlaku kejadian lubang benam di kawasan itu.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan dan sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan.

image.png

"Pengguna laluan boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang ke Sungai Koyan, Pahang, melalui Ringlet, Tapah dan Ipoh, Perak," katanya.

Dalam kejadian lubang benam terbaharu pada 12 September lalu adalah lubang benam ke lima di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan dari Gua Musang Ke Tanah Tinggi Lojing terpaksa di tutup satu lorong.

Kejadian lubang benam pertama di lokasi terbabit dikesan pada 23 November tahun lalu sehingga menyebabkan laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan.

Seterusnya pada 12 Disember tahun lalu, lubang benam kedua dengan kedalaman sembilan meter berlaku di lokasi sama pada jarak lima meter dari lubang benam pertama.

Selain itu pada 15 Mac lalu satu lagi lubang benam, iaitu yang ketiga sejak November tahun lalu, dilaporkan berlaku di lokasi sama.

Pada 27 Mac lalu pula, laluan terbabit dibuka kepada semua kenderaan ringan sempena sambutan Aidilfitri.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM5627

SELANGOR

BST2260

JOHOR

JD1347J

PULAU PINANG

PSF832

PERAK

APK9530

PAHANG

CFH5385

KEDAH

KGH7203

NEGERI SEMBILAN

NEL5710

KOTA KINABALU

SJT6940

KUCHING

QAB4514P

Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak

Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.

26-08-2026
Berita Auto

Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand

Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.

26-08-2026
Berita Auto

Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk

Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.

26-08-2026
Berita Auto

2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL

Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.

26-08-2026
Berita Auto

Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian

Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.

26-08-2026
Berita Auto

MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal

Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.

25-08-2026
Berita Auto

Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti

Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.

25-08-2026
Berita Auto

Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora

WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.

25-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.