ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Sofea Najmi

Kongsi melalui

social_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-2.jpg

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High yang diimport terus (CBU) dari kilang Mazda di Hofu, Wilayah Yamaguchi, Jepun.

Prestasi SKYACTIV-G 2.5L 2WD 

social_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-9.jpg

Mazda CX-60  SKYACTIV-G 2.5L 2WD High menggunakan enjin petrol empat silinder sebaris 2.5L SKYACTIV-G yang menghasilkan 189 hp dan tork 258 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan. 

Model ini dibangunkan dengan sistem Kinematic Posture Control (KPC) yang menjanjikan pemanduan yang lancar dan stabil walaupun semasa membelok laju atau di laluan tidak rata.

Reka Bentuk Luaran: Kodo Design Dengan Sentuhan Seni Jepun

social_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-1.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-7.jpg

Dari segi ukuran, panjang CX-60 ialah 4,740 mm, lebar 1,890 mm dan tinggi 1,680 mm, dengan jarak roda 2,870 mm. Berat kereta tanpa muatan ialah 1,770 kg.

social_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-4.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-8.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-5.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-3.jpg

CX-60 menampilkan falsafah reka bentuk “Kodo” yang membawa maksud "Soul of Motion". Bentuknya yang tegas dan dinamik memberi gambaran garang namun elegan, dengan gril hadapan yang tinggi untuk aura ‘tegas’ serta lampu utama bertingkat vertikal dengan lampu isyarat berbentuk L di depan dan belakang. Model ini diberikan lampu LED serta rim aloi berukuran 20 inci. 

Ruang Dalaman Mewah & Canggih

social_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-11.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-15.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-16.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-17.jpgsocial_CariCarz_MBA_Mazda-CX-60_-12.jpg

Kabinnya luas dan tampil mewah dengan penggunaan kemasan kulit premium dan aksen perak. Antara kelengkapan yang disediakan ialah instrumen digital berukuran 12.3 inci, sistem infotainmen skrin sentuh 12.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, papar pandu (HUD), sistem audio Bose 12 speaker, pengecas tanpa wayar, tempat duduk larasan automatik, bumbung suria kaca panoramik dan banyak lagi.  

Ciri menarik lain ialah kawalan iklim dua zon termasuk corong udara untuk tempat duduk belakang dan bukaan but belakang secara automatik. 

Dengan ciri-ciri yang ditawarkan, SUV ini memberi saingan yang sengit kepada model premium lain seperti Mercedes-Benz GLC, BMW X3 dan Audi Q5.

Teknologi Canggih CX-60 Untuk Keselamatan & Keselesaan

CX-60 dilengkapi dengan sistem canggih Mazda Advanced Driver Assist Systems (ADAS). Antara ciri penting termasuk kawalan jelajah berasaskan radar dengan fungsi henti-mula, bantuan kekal lorong, amaran keluar lorong, pemantau titik buta, sokongan brek pintar depan dan belakang, kamera 360 darjah dengan pandangan lutsinar, amaran lintasan trafik depan dan belakang, peringatan keletihan pemandu dan sebagainya. 

Warna, Harga & Waranti Pembelian Mazda CX-60 2.5L 2WD High

web_Mazda-CX-60_Price_Pen-Malaysia.jpgweb_Mazda-CX-60_Price_East-Malaysia.jpg

Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Soul Red Crystal, Rhodium White, Jet Black, Platinum Quartz dan Zircon Sand pada harga bersih RM199,000, tidak termasuk kos atas jalan dan insurans (Semenanjung Malaysia). Pembelian adalah termasuk jaminan lima tahun atau 100,000 km serta servis percuma dalam tempoh sama. 

social_CariCarz_MBA_KS_Mazda-CX-60_CX-80_launch_-1.jpg


Majlis pelancaran Mazda CX-80 dan CX-60 yang berlangsung hari ini. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8025

SELANGOR

BSU3956

JOHOR

JF6536J

PULAU PINANG

PSG4096

PERAK

APM2245

PAHANG

CFJ1046

KEDAH

KGJ4573

NEGERI SEMBILAN

NEM2719

KOTA KINABALU

SJU5389

KUCHING

QAB7493P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

21-01-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

02-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.