Nilai Bakal Jadi Hab Automotif Dengan Pelaburan RM1 Bilion
-full_normal.jpg)
Selain Selangor, Negeri Sembilan juga kini disasarkan untuk muncul sebagai hab automotif melalui projek Auto City. Terletak dalam kawasan pembangunan Nilai Smart City berkeluasan 1,800 ekar, projek bernilai RM1 bilion ini dijangka dapat menarik pelaburan besar serta membawakan transformasi ekonomi.
Majlis pecah tanah yang dianjurkan Nilai Resources Group Sdn Bhd diserikan dengan kehadiran Pengerusinya, Tan Sri Dr Gan Kong Seng dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Tan Sri Dr Gan menegaskan Nilai Smart City bakal meletakkan wilayah ini dalam peta pelaburan serantau, menarik minat pelabur tempatan dan antarabangsa.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Datuk Seri Aminuddin berkata Auto City akan menjadi pusat automotif moden yang lengkap dengan bilik pameran, kedai alat ganti, pusat servis, kemudahan estetik automotif serta ruang gaya hidup berpaksikan teknologi. Projek ini bukan sahaja 'memikat' jenama automotif global tetapi juga membuka ruang bagi firma tempatan menyertai rantaian bekalan dan ekosistem automotif serantau.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Fasa pertama yang bermula September ini dijangka mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan meliputi sektor teknikal, perkhidmatan, logistik, pemasaran dan pengurusan. Aminuddin berkata projek berimpak tinggi ini mampu menguatkan ekonomi komuniti, memperkukuh perniagaan kecil serta meletakkan Negeri Sembilan dalam peta pelaburan.
-full_normal.jpg)
Auto City merupakan sebahagian daripada rancangan besar Nilai Smart City yang merangkumi tujuh zon utama, antaranya pendidikan, kesihatan, perumahan, gudang, perindustrian dan pembuatan kenderaan elektrik (EV). Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan menjadikan projek ini selaras dengan agenda Malaysia Vision Valley untuk pertumbuhan mampan dan bernilai tinggi.
Dengan kedudukan strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya serta pembukaan Lebuhraya Nilai-Labu-Enstek pada Julai 2026, Nilai bakal menjadi pintu masuk utama dan pusat pentadbiran yang penting.
SumberL BernamaBiz
Baca: Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6614
SELANGOR
BST4184
JOHOR
JD5281J
PULAU PINANG
PSF2897
PERAK
APL2154
PAHANG
CFH6110
KEDAH
KGH8424
NEGERI SEMBILAN
NEL6731
KOTA KINABALU
SJT8709
KUCHING
QAB5064P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bas Percuma Dihentikan Di Negeri Sembilan, Kurang Sambutan, Banyak Digunakan Warga Asing
Perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan dihentikan sepenuhnya.
30-08-2024
Pengecas EV ChargeSini Kini Di Terminal 1, Seremban
Pembekal perkhidmatan dan penyelesaian pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini telah memperluas rangkaian pengecas EV syarikat.
06-03-2023
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
