Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Selepas lebih sedekad menyepi, Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.
Sama seperti di Malaysia, e.MAS 7 ditawarkan di Singapura dalam dua varian Prime dan Premium dimana ia menawarkan pilihan kepada pembeli dari segi saiz bateri dan tahap prestasi.
Varian Prime dijual pada harga SGD175,988 (RM577,000), manakala Premium dijual pada harga SGD179,888 (RM590,000).
Malah, Proton turut memperkenalkan pakej Founders Edition’ yang hadir bersama rebat SG$20,000 (RM66,000) untuk 99 pelanggan terawal.

Pembeli awal juga akan menikmati waranti bateri 10 tahun tanpa had perbatuan dan data internet percuma selama lima-tahun. Ia boleh beroperasi secara roaming sekiranya pelanggan memandu e.MAS 7 ini masuk ke Malaysia.
Bagi varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri 49.52 kWh yang mampu mencapai jarak pemanduan 345 km (WLTP-rated), manakala varian Premium menggunakan bateri lebih besar 60.22 kWh sekali gus memblehkan ia menawarkan jarak gerak 410 km
Kedua-duanya berkongsi pengecasan AC 11 kW dan motor elektrik 12-dalam-1 yang dipasang di bahagian hadapan, yang mana ia mampu menghasilkan 214 hp dan 320 Nm. Ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j.
Di Singapura, Proton turut menawarkan enam pilihan warna iaitu lithium White, Turquoise Green, Slate Grey, Platinum Silver, Quartz Rose, dan Moyu Black.
Sementara itu, warna untuk bahagian kabin pula boleh dipilih dalam dua tema dalaman, Indigo Blue dan Alabaster White, sekali gus kedua-dua warna ini dilihat memberikan sentuhan moden dan premium pada e.MAS 7.

Sebagai perbandingan, e.MAS 7 yang dilancarkan di Malaysia tahun lalu dijual pada harga RM109,800 (SG$33,000) untuk Prime dan RM123,800 (SG$38,000) untuk Premium.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3763
SELANGOR
BSV4191
JOHOR
JJ3491J
PULAU PINANG
PSH7019
PERAK
APN3541
PAHANG
CFJ5132
KEDAH
KGK461
NEGERI SEMBILAN
NEM7330
KOTA KINABALU
SJV4012
KUCHING
QAB1448Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan
Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.
12-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Berita Terkini
Nissan NV200 Generasi Baharu Didedah, 496 Hp & AWD
Nissan NV200 mungkin hadir dalam versi PHEV sahaja.
27-11-2026
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k
Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.
25-11-2026
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747
SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.
25-11-2026
Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas
Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.
24-11-2026
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan
Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.
23-11-2026
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447
Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.
16-11-2026
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak
Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.
13-11-2026
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah
Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge