Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pada minggu lalu, tular satu hantaran di media sosial menunjukkan pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.
Ini juga menandakan tamatnya pengeluaran hatchback supermini kompak itu selepas 11 tahun berada di pasaran.
Bagaimanapun, Proton belum mengumumkannya secara rasmi mengenai penamatan model dan Iriz masih disenaraikan untuk dijual di laman webnya.


Lagipun, ini bukan kali pertama Proton tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kerana pihak syarikat pernah melakukan perkara yang sama ketika ia menghentikan pengeluaran MPV Exora pada tahun 2023.
Selain Iriz, Exora, Proton menamatkan pengeluaran Satria generasi kedua yang ketika itu dikenali sebagai Satria Neo pada tahun 2015. Walaupun terdapat jurang hampir sedekad antara penghujung kedua-dua model ini, kedua-duanya dihentikan tanpa pengganti.
Berbalik kepada Proton Iriz, berdasarkan imej yang dikongsikan, kelihatan badan terakhir Iriz yang dikeluarkan Proton di Tanjung Malim dibuat pada 9 September, merupakan unit ke-97,576. pengeluaran hampir mencecah 100,000 unit sepanjang 11 tahun itu.
Dalam tempoh 11 tahun tersebut, Iriz juga melahirkan model sedan empat pintu yang berkongsi asas sama – iaitu Persona generasi kedua. Kembar berbut itu terbukti lebih berjaya dari segi jualan dan dijangka kekal dalam pengeluaran untuk beberapa tahun lagi.
Dengan perkembangan ini, nampaknya peluang untuk Iriz baharu dengan rekaan diinspirasikan daripada model Saga generasi akan datang juga tidak menjadi kenyataan. Ini menimbulkan persoalan sama ada Proton akan membina pengganti bagi mana-mana model hatchback.


Jelas sekali, pasaran untuk hatchback, sama ada dalam bentuk kecil ‘supermini’ subkompak atau kompak yang lebih besar, masih kuat di Malaysia. Ini terbukti melalui kejayaan model Axia dan Myvi daripada pesaingnya, Perodua.
Kedua-dua model tersebut kini telah memasuki fasa generasi kedua dan ketiga masing-masing, membuktikan bahawa hatchback yang direka dengan baik masih mampu mencatat jualan tinggi. Sebagai rujukan, jualan Myvi telah melepasi 1.5 juta unit setakat Februari 2025.

Akhirnya, penciptaan hatch Proton baharu, sama ada pengganti langsung kepada Iriz atau cabang daripada sedan Saga baharu akan datang, bergantung kepada anda – pengguna.
Jadi, adakah Proton patut membangunkan model hatch baharu atau tidak? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4580
SELANGOR
BSR6583
JOHOR
JA4265J
PULAU PINANG
PSD8569
PERAK
APJ9132
PAHANG
CFH1861
KEDAH
KGH1367
NEGERI SEMBILAN
NEK9508
KOTA KINABALU
SJT1298
KUCHING
QAB2155P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Proton Catat Jualan Kukuh Suku Ketiga Sebab Proton X50 Laku Keras
Jualan Proton kukuh pada suku ketiga tahun ini apabila sebanyak 13,395 unit (domestik + eksport) unit terjual pada September lepas.
03-10-2025
Jualan Proton Melonjak Semula, 13,518 Unit Terjual Bulan Lepas
Proton merekodkan jualan sebanyak 13,518 unit pada bulan lepas.
12-08-2025
Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga
Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta pelanggan yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga.
16-06-2025
Jualan Proton Melonjak Kepada 12,692 unit Bulan Lepas, e,MAS Dahului Jualan EV
Jualan Proton melonjak sebanyak 12,692 unit pada bulan lepas.
06-05-2025
Nak Raya: Proton Tawar Rebat Khas RM9,000, Hanya Untuk 7 Model Terpilih
Ini mungkin peluang terbaik bagi mereka yang sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
25-02-2025
Macam Biasa, Proton Saga Paling Laris
PROTON mengekalkan kedudukannya dengan selesa pada suku pertama tahun ini.
04-04-2024
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat