ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Suzuki Fronx didedahkan lagi di media social sekali gus memberi bayangan ia bakal  dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

Kenyataan itu dilihat berasas memandangkan Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors) sudah pun membuka tempahan, sebentar tadi.

Berdasarkan imej teaser dan pengumuman tempahan tersebut, syarikat itu memilih untuk menyiarkan siluet kenderaan compact crossover SUV itu dalam keadaan gelap.

Malangnya, tiada   butiran lain didedahkan, namun kami yakin model pesaing kepada Honda WR-V dan Chery Tiggo Cross ini akan selewat-lewatnya pada suku keempat  tahun ini.

image.pngimage.png

Lagipun, sebelum teaser terbaharu ini, Suzuki Cars Malaysia sudah menyuarakan hasrat mereka  untuk mengembangkan barisan model tempatan pada tahun ini dengan memperkenalkan Suzuki Fronx baharu serta SUV elektrik baharu e-Vitara EV. 

Mengimbas kembali,   Suzuki Fronx baharu pertama kali membuat penampilan global di India pada April 2023. Walaupun ia dibangunkan dengan pendekatan mesra bajet, penawaran SUV segmen-B (B-SUV) daripada jenama S ini menjanjikan pengalaman yang tidak kelihatan atau terasa ‘murah’.

Senarai kelengkapan yang ditawarkannya jelas mengukuhkan janji tersebut.

Lebih dekat dengan pasaran tempatan, Suzuki Fronx sudahpun dipasang secara tempatan dan dipasarkan di Indonesia dengan tiga varian ditawarkan, serta pilihan antara enjin pembakaran dalaman (ICE) biasa dan mild-hybrid (MHEV).

Bagi pasaran Malaysia, unit Fronx dijangka diimport dari Indonesia tersebut dan dipasarkan di sini sebagai model ‘ASEAN CBU’.

image.png

Di Indonesia, Fronx menggunakan enjin ICE menggunakan enjin petrol 1.5L 4-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 101 PS dan 135 Nm.

Sementara itu, pilihan MHEV pula menggunakan enjin petrol 1.5L 4-silinder dengan integrated starter generator (ISG) serta bateri lithium-ion 12 volt, dengan output 105 PS dan 138 Nm.

image.png

Dari segi saiz, Fronx berukuran 3,995 mm panjang, jarak roda 2,520 mm, lebar 1,765 mm dan tinggi 1,550 mm. Sebagai perbandingan, dimensinya hampir sama dengan Perodua Ativa, Honda WR-V serta Chery Tiggo Cross yang baru dilancarkan.

Walaupun tempahan kini sudah dibuka di bilik pameran dan pengedar sah, harga rasmi masih belum diumumkan. Namun, Suzuki Fronx akan dipasarkan dalam harga yang hampir sama dengan pesaingnya seperti Chery dan Honda.

Untuk makluman, Chery Tiggo Cross dijual bermula RM88,800 (1.5 Turbo) dan RM99,800 (1.5 Hybrid CSH), manakala Honda WR-V pula ditawarkan pada harga RM107,900.

Maka, Suzuki Fronx juga akan dijual dalam lingkungan harga tersebut.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA2444

SELANGOR

BSQ3640

JOHOR

JYX3040

PULAU PINANG

PSC5019

PERAK

APH6757

PAHANG

CFG6020

KEDAH

KGG2171

NEGERI SEMBILAN

NEK4872

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB8428N

Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Jimny Rhino Dah Masuk M'sia, Ada 30 Biji Je

Suzuki Jimny Edisi Rhino dijual pada harga RM174,900.

20-06-2023
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Dilancarkan Di Malaysia – Hibrid Pintar, Dari RM147,888

Naza Eastern Motors, pengimport dan pengedar rasmi Suzuki di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan model crossover kompak terbaru, Suzuki Fronx.

18-11-2025
Kereta Baru

Ini Dia Suzuki Fronx, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Pengimport dan pengedar Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors Sdn Bhd) menyiarkan model baharu mereka, Suzuki Fronx, baru-baru ini.

06-08-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.