ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

Menurut Toyota, pemgemaskinian itu dibuat selepas mendapat ilmu dengan   pasukan Toyota Gazoo Racing dalam  siri perlumbaan ketahanan, Super Taikyu Series.

Antara yang ditambah baik ialah badan jentera ini lebih tegar supaya dapat menahan daya G menegak dan sisi dengan lebih baik memandangkan litar Jepun yang digunakan dalam perlumbaan Super Taikyu biasanya menghasilkan tahap daya yang lebih ekstrem.

image.pngimage.png

Selain itu,  bahan perekat struktur juga ditambah  pada bahagian cantuman kerangka badan.Ini membuatkan GR Corolla ini menerima bahan perekat sepanjang 32.7 meter, atau 13.9 meter lebih panjang dari yang sebelumnya.

Malah, bahagian yang menerima tambahan bahan perekat ini adalahbahagian badan hadapan, lantai dan  sekitar perumah roda belakang.

image.pngimage.png

Bukan itu sahaja, ia juga menerima sistem kemasukan udara ke enjin yang direka semula, menampilkan pengalir udara sejuk yang diaktifkan oleh kelajuan tinggi enjin pada saluran ambilan udara sekunder. Ia terletak di bawah penapis udara  untuk menyedut udara dari luar ruang enjin menerusi gril hadapan sekali gus menurunkan suhu udara yang masuk.

Pendek kata, GR Corolla ini tidak akan terlalu panas walaupun dipandu secara agresif.

image.pngimage.png

Perubahan lain yang dibuat pada model 2025 ini juga  termasuk sistem audio JBL yang dinaik taraf. Bilangan pembesar suara ditambah daripada lapan kepada sembilan dengan penambahan subwoofer baharu di but. Sistem ini turut berfungsi bersama ciri Active Noise Control (ANC).

image.pngimage.png

Selain itu, model yang dilengkapi dengan pilihan sistem JBL ini turut menawarkan fungsi Active Sound Control. Pemilik sedia ada mengenali ciri ini kerana ia menyalurkan bunyi enjin tiruan yang menurut Toyota, meningkatkan keterujaan pemanduan sporty.

Kemas kini ini membolehkan fungsi Active Sound Control menawarkan tiga corak bunyi serta tiga tahap volum. Toyota juga menambah bahawa bunyi yang dihasilkan kini menyerupai sistem anti-lag, namun pemilik boleh mematikannya sepenuhnya jika mahu.

Perubahan turut berlaku pada kaedah jualan. Bermula dengan model 2025MY terkini ini, Toyota akan meninggalkan sistem undian sebelum ini kerana sistem bekalan telah disemak semula, menjadikan model ini lebih mudah didapati dengan harga tidak berubah.

image.png

Di pasaran Jepun, Toyota GR Corolla 2025 versi RZ 6MT berharga ¥5.68 juta (±RM161,783) manakala pilihan 8AT berharga ¥5.98 juta (RM170,329) termasuk cukai pengguna Jepun.

image.png

Sehubungan itu,  Toyota  mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan program naik taraf perisian yang meningkatkan prestasi dan tork maksimum. Kemas kini ini ditujukan kepada pemilik sedia ada dengan model tahun 2023MY ke atas, dan dijangka tiba awal tahun depan.

Naik taraf ini menjanjikan lonjakan 30 Nm tork untuk enjin 1.6L 3-silinder turbo bagi menyamai model facelift semasa. Sebagai peringatan, enjin ini telah dinaik taraf dengan tork 400 Nm – berbanding versi pra-facelift yang hanya menawarkan 370 Nm.

image.pngimage.png

Perisian baharu ini juga memperkenalkan mod ‘Gravel’ dan ‘Track’ yang dipertingkatkan dengan pelbagai tetapan agihan tork depan-belakang.

Selain itu, suite pacuan semua roda GR Four (AWD) juga ditambah baik dengan menggantikan mod ‘Rear’ kepada ‘Gravel’, yang menawarkan agihan tork 30:70 depan/belakang.

image.png

Mod ‘Track’ turut diubah suai untuk membolehkan pelarasan agihan tork berubah antara 60:40 hingga 30:70, sebelum ini ia cuma pada 50:50.

Buat masa ini, UMW Toyota Motor secara rasmi hanya menawarkan GR Corolla facelift versi 6MT dengan harga RM367,000. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026

Berita Terkini

Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.