Triton Terbang, Rupanya Pemandu Mabuk

Sebuah pikap jenis Mitsubishi Triton terbabas lalu ‘terbang’ melintasi pembahagi jalan sebelum menghempap lima kereta yang berhenti di lampu isyarat di Jalan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) Cheng, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, kesemua enam mangsa yang terlibat dilaporkan mengalami kecederaan ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanju
Kemalagan itu turut tular di internet yang menunjukkan pikap tersebut dilihat berpusing beberapa kali di udara sebelum terbalik dan menghempap kenderaan lain.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas itu membabitkan dua kereta jenis BMW, sebuah Perodua Axia, Perodua Myvi dan Nissan Almera.
“Maklumat awal mendapati pikap dari arah Bandar menuju Cheng hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan melayang menghempap lima kenderaan dari arah bertentangan.
“Kesemua pemandu terbabit terselamat dan dihantar ke hospital. Pasukan tindakan khas Tanjung Minyak bersama anggota trafik Melaka Tengah turut mengawal lalu lintas, manakala bomba membantu membersihkan tumpahan minyak di lokasi,” katanya.
Tambahnya, siasatan awal pihak polis turut mendapati pemandu pikap itu dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSB3490
SELANGOR
BSV4164
JOHOR
JJ3324J
PULAU PINANG
PSH6951
PERAK
APN3497
PAHANG
CFJ5121
KEDAH
KGK395
NEGERI SEMBILAN
NEM7309
KOTA KINABALU
SJV3892
KUCHING
QAB1400Q
Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Patutlah Berani Mati Pandu Mengundur , Rupanya "Lalok"
Sangka pengarah filem tengah shooting, rupa-rupanya, pemandu high.
09-06-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Mitsubishi Triton Street 2026 Dilancarkan Di Thailand – Mega Cab, Dari RM84K
Mitsubishi Triton Street 2026 rasmi di Thailand. Varian Mega Cab ini tampil dengan rekaan depan yang unik, sistem pacuan 4x2 RWD, enjin 148 hp, transmisi manual dan ditawarkan pada harga kompetitif.
27-11-2025
Nissan Navara 2026 Buat Kemunculan Rasmi, Kembar Triton Yang Lebih Garang
Setelah lebih sedekad, Nissan akhirnya mendedahkan trak pikap Navara generasi terbaru minggu ini.
20-11-2025
Mitsubishi Anjur Cabaran Red Peak Tetapi Di Kuching
MMM bakal menganjurkan Red Peak Challenge di Farley Mall, Kuching pada hujung minggu ini.
21-08-2025
Mitsubishi bersama Millennium Autohaus Sdn Bhd Buka Pusat 3S Di Kajang
MMM bersama Millennium Autohaus telah membuka pusat 3S terbaharu mereka di Kajang, Selangor, baru-baru ini.
28-04-2025
Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton
Nissan Navara generasi akan datang dikatakan akan menerima beberapa perubahan ketara.
13-02-2025
Mitsubishi Anjur Drive Your Ambition, Ada Test Drive Triton
Acara Drive Your Ambition akan diadakan di ParkCity Eastwood, Miri, Sarawak.
13-01-2025
Berita Terkini
BYD Shark 6 Jadi Model CKD Pertama BYD di Malaysia
Pemasangan Tempatan BYD Bermula Hari Ini.
26-11-2026
Berapa Tambang RTS Link JB- Singapura?
Kadar tambang RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi perjalanan sehala dan pergi balik dijangka diumumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Januari 2027.
26-11-2026
PM Belum Terima Peletakan Jawatan Anthony Loke
Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan kerana beliau kini sedang bercuti.
25-11-2026
Tiada Lagi Proton Persona Di Malaysia, Unit Terakhir Diserah, Proton S70 Ambil Alih
Unit Terakhir Proton Persona Diserah, S70 1.5 i-GT Ganti
25-11-2026
Bukan Main Belasah Pakai Siku, Akhirnya Kena Cekup
Warga emas kena belasah akibat kemalangan jalan raya.
25-11-2026
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan
KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
24-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
